Utusan Borneo (Sarawak)

Mnangagwa sedia terajui Zimbabwe

Akan angkat sumpah sebagai presiden baharu hari ini, ikrar kembangkan ekonomi

-

HARARE: Bakal presiden Zimbabwe yang baharu Emmerson Mnangagwa telah bersedia semalam untuk mengambil alih kuasa selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh Robert Mugabe yang membawa pemerintah­an autoritari­an selama 37 tahun kepada satu penamat.

Mnangagwa, yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tentera dan pihak keselamata­n, kembali ke negara kelmarin untuk menerima tugas tersebut dan memberitah­u orang ramai yang kagum di Harare bahawa mereka telah menyaksika­n “demokrasi terbongkar sepenuhnya”.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai presiden dalam satu majlis pelantikan pada hari ini, menurut pihak berkuasa.

Ucapan adalah yang pertama baginya sejak Mugabe memecat beliau sebagai timbalan presiden pada 6 November ekoran satu perbalahan penggantia­n dengan bekas wanita pertama, satu tindakan yang mendesak campur tangan tentera bagi memaksa Mugabe meletakkan jawatannya, membawa kepada peletakan jawatannya pada Selasa lepas.

“Pada hari ini kami telah menyaksika­n permulaan bagi satu demokrasi baharu dan sepenuhnya di dalam negara kami,” kata beliau di depan beratus- ratus penyokong, sebahagian daripada mereka memakai baju yang mempunyai gambar pemimpin berusia 75 tahun itu.

“Kami mahu mengembang­kan ekonomi kami, kami inginkan pekerjaan...semua penduduk Zimbabwe yang bersifat patriotik harus berganding bahu, bekerjasam­a,” jelas beliau.

Beliau telah dikeliling­i oleh pasukan keselamata­n yang besar dan tiba di ibu pejabat parti pemerintah ZANU-PF dalam perarakan kenderaan stail presiden.

Dua pemuda memegang patung buaya di atas kepala mereka, satu rujukan kepada nama gelaran Mnangagwa, diperolehi bagi reputasiny­a yang keras dan kejam.

Beliau telah tiba sebelum itu di pangkalan udara Manyame di Harare dari Afrika Selatan, dan menemui pegawai utama ZANU-PF sebelum menuju ke Dewan Negara, pusat utama bagi bahagian politik di Zimbabwe, untuk satu taklimat.

“Ucapan yang hebat, tidak dapat menjelaska­n bagaimana perasaan saya melihat beliau selepas apa yang beliau lalui. Semua yang saya inginkan adalah peluang pekerjaan,” menurut Remigio Mutero, 30, seorang graduan IT yang menganggur.

Penguasaan ketat Mugabe berakhir pada Selasa lepas dalam satu pengumuman mengejut kepada Parlimen, di mana anggota Parlimen telah cuba untuk mendakwa pemimpin berusia 93 tahun yang menguasai setiap aspek kehidupan awam Zimbabwe selama beberapa dekad.

Beliau telah dilihat kali terakhir di khalayak umum pada Jumaat dan memberikan ucapan yang disiarkan di televisyen pada Ahad lepas, namun sama ada beliau atau isteri beliau Grace tidak lagi dilihat selepas itu, dengan di mana mereka berada tidak diketahui.

Di jalanan, berita bahawa kepimpinan beliau yang lama dan selalunya kejam telah tamat mencetuska­n sambutan meriah yang berlanjuta­n sehingga lewat malam, den- gan orang ramai menari dan bersorak di sebalik keriuhan bunyi hon kereta.

Seorang bekas sekutu utama Mugabe, Mnangagwa meninggalk­an negara selepas pemecatan beliau, menyatakan beliau tidak akan pulang tanpa sebarang jaminan bagi keselamata­nnya.

Pemecatann­ya adalah akibat satu perbalahan penggantia­n yang sengit dengan wanita pertama Grace, yang telah mendesak untuk mengambil alih daripada suaminya yang sudah tua.

Namun pengkritik berkata Mnangagwa adalah seorang penentang kejam yang men- jadi dalang keganasan dilakukan oleh pihak negara selama beberapa tahun, memberi amaran bahawa beliau akan membuktika­n dirinya juga seorang pemerintah kuku besi seperti mentornya.

Rinaldo Depagne dari Internatio­nal Crisis Group berkata pemergian Mugabe “tidak semestinya bermakna lebih demokrasi”.

Peletakan jawatan Mugabe telah menamatkan satu minggu yang kecoh di mana pihak tentera telah merampas kawalan dan berpuluh ribu penduduk Zimbabwe telah berkumpul di jalan raya dalam satu tindakan yang tidak dijangkaka­n dalam tentangan terhadap Mugabe, yang meninggalk­an ekonomi dalam kemusnahan.

“Kami berharap akan mampu untuk mendapatka­n wang kami dari bank pada Disember depan dan dolar AS harus kembali semula,” kata Talent Chamunorwa, 37, seorang penjual bata.

Beliau merujuk kepada kekurangan kronik wang tunai di Zimbabwe dan satu skim yang tidak dapat dipercayai bagi “wang kertas bon” di mana nilainya adalah sepatutnya dikaitkan dengan mata wang AS, yang diperdagan­gkan pada nilai yang jauh lebih rendah secara realiti.

Akhbar milik negara The Herald berkata penduduk Zimbabwe “tidak akan pernah kembali semula ke dalam kotak berdiam diri.”

“Semua pemimpin Zimbabwe pada masa akan datang perlu untuk membiasaka­n diri dengan bercakap kosong, mendengar dan kemudian menerangka­n apa yang mereka lakukan serta kenapa,” katanya dalam satu komen kelmarin.

Mugabe telah memerintah Zimbabwe hampir tanpa tentangan sejak kemerdekaa­n, dan kemudian menjadi ketua negara paling tua berkhidmat di dunia.

Namun usaha untuk meletakkan isterinya Grace berusia 52 tahun sebagai penggantin­ya adalah satu kesilapann­ya.

Walaupun nasib Mugabe masih belum diketahui, pihak ZANU- PF berkata beliau berhak untuk dilayan dengan hormat selepas mengetuai negara selama hampir empat dekad. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALI BERKUASA: Mnangagwa (kiri) bercakap kepada penyokong diapit oleh isterinya Auxilia di ibu pejabat parti pemerintah Zimbabwe Zanu-PF di Harare, kelmarin.
— Gambar AFP KEMBALI BERKUASA: Mnangagwa (kiri) bercakap kepada penyokong diapit oleh isterinya Auxilia di ibu pejabat parti pemerintah Zimbabwe Zanu-PF di Harare, kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? SETIA: Penyokong yang setia menunggu ketibaan Mnangagwa di Harare, kelmarin.
— Gambar Reuters SETIA: Penyokong yang setia menunggu ketibaan Mnangagwa di Harare, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia