Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda mengaku bersalah cederakan warga emas

-

MIRI: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM1,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mencederak­an seorang lelaki warga emas.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Raymond Bliang Badi, 23, dari Tudan Fasa 6 di sini mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh dengan sengaja mendatangk­an kecederaan di bahagian dagu kiri dan badan David Remang, 62.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 11 malam, pada 12 November lalu di sebuah lot, Tudan Desaras Fasa 6 di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ke atasnya diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia