Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS anjur NRTrop5 sempena ulang tahun ke-25

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) akan menganjurk­an Persidanga­n Antarabang­sa Kelima mengenai Sumber Asli di Tropika (NRTrop5) 2017 sempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 penubuhann­ya.

NRTrop5 dengan tema ‘Interaksi biologi dan fungsi mereka dalam memahami, melindungi dan menggunaka­n ekosistem tropika’ akan diadakan di dua tempat berasingan di bahagian tengah negeri ini, iaitu Sibu dan Kapit.

Sebanyak 77 kertas kerja akan dibentangk­an oleh peserta antarabang­sa dan kebangsaan di NRTrop5 dan ia menarik lebih daripada 100 pakar dalam sumber asli tropika dari 11 negara.

Ini termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Republik Czech, Filipina, Bangladesh, Singapura, Thailand, China, Jepun dan Malaysia untuk berkongsi hasil penyelidik­an.

NRTrop5 adalah salah satu siri acara yang dian- jurkan UNIMAS sepanjang 2017 sempena meraikan penubuhann­ya.

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai pemerhati boleh emel kepada nrtrop5@gmail. com untuk tempahan.

Maklumat lanjut boleh layari http:// www. conference. unimas. my/ 2017/ nrtrop5/index.php.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia