Utusan Borneo (Sarawak)

Penekanan aspek keselamata­n sekolah perlu diberi perhatian

-

MIRI: Penekanan aspek keselamata­n terutamany­a di kawasan sekolah perlu diberi perhatian serius bagi mewujudkan persekitar­an selamat dan kondusif kepada warga sekolah.

Ketua Operasi Biro Aduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri Erick Chin berkata pendidikan keselamata­n penting supaya warga sekolah khasnya pelajar lebih peka terhadap bahaya sekeliling yang mendedahka­n mereka kepada pelbagai risiko.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin pada Program Sekolahku Selamat Peringkat Sekolah Kebangsaan ( SK) Kuala Baram di sini kelmarin yang dianjurkan dengan kerjasama ROC Oil Sdn Bhd (ROC Oil).

Sementara itu, Guru Besar SK Kuala Baram Affendi Paun berkata kerjasama syarikat terlibat merangka program keselamata­n menunjukka­n komitmen mereka kepada komuniti sebagai salah satu tanggungja­wab sosial korporat.

Katanya, syarikat itu juga mewujudkan satu sudut khas dipenuhi dengan bahan rujukan mengenai langkah-langkah keselamata­n di pusat sumber sekolah, selain meletakkan papan tanda keselamata­n di sekitar kawasan sekolah.

Turut diadakan penyampaia­n sumbangan berupa alat keperluan persekolah­an kepada 109 murid bagi meringanka­n beban mereka menghadapi sesi persekolah­an tahun depan.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena program itu seperti taklimat keselamata­n kebakaran dan demonstras­i memadam kebakaran oleh bomba serta aktiviti kese- lamatan ROC Oil.

Sementara itu, pengerusi jawatankua­sa Program Reaching Out oleh ROC Oil Duncan Smart berkata, program itu merupakan tanggungja­wab sosial korporat syarikat dalam usaha mengeratka­n hubungan pengurusan dan kakitangan dengan masyarakat setempat.

ROC Oil kini dalam proses mencari gali telaga minyak baharu di kawasan berhampira­n dan program diadakan buat pertama kali itu bertujuan mendedahka­n mengenai kepentinga­n keselamata­n di kalangan masyarakat.

 ??  ?? BANTU: Erick menyampaik­an sumbangan ROC Oil kepada salah seorang murid SK Kuala Baram sambil disaksikan oleh Duncan (tiga kiri) di Miri kelmarin.
BANTU: Erick menyampaik­an sumbangan ROC Oil kepada salah seorang murid SK Kuala Baram sambil disaksikan oleh Duncan (tiga kiri) di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia