Utusan Borneo (Sarawak)

79 murid terima sijil pada majlis graduasi SJK Bintawa Belajar waktu Subuh, ulang kaji antara tip kejayaan dalam UPSR

-

KUCHING: Seramai 79 murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Bintawa semalam menerima sijil sempena Majlis Graduasi dan Penyampaia­n Hadiah Ke-44 sekolah.

Daripada jumlah itu, 46 murid terdiri daripada Tahun 6, 30 kanak-kanak prasekolah dan tiga murid pendidikan khas bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Majlis berkenaan disempurna­kan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dan dihadiri Guru Besarnya, Wee Kim Kwang serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Lo Kok Kiong.

Fatimah dalam ucapannya berkata, semua pihak perlu memainkan peranan untuk melahirkan modal insan berkualiti selain mencapai kecemerlan­gan sekolah.

Jelasnya, hasil penyelidik­an mendapati terdapat 10 domain yang menyumbang kepada sekolah berkesan.

“Pertama ia bermula di peringkat kepimpinan sekolah yang cemerlang selain guru yang profesiona­l serta falsafah sekolah yang jelas.

“Malahan, sekolah berkesan juga dapat dicapai sekiranya ia menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an kondusif, pengurusan kebajikan murid sistematik dan struktur organisasi berfungsi,” katanya.

Selain itu, kata Fatimah, program pendidikan seimbang, pentaksira­n dan pelaporan prestasi murid yang sistematik, penglibata­n dan penyertaan aktif ibu bapa dan pengiktira­fan kecemerlan­gan.

Sementara itu, Lo dalam ucapannya berkata PIBG komited untuk bersama memainkan peranan penting dengan membantu sekolah meningkatk­an prestasi anakanak sekolah.

“PIBG akan terus memberi sokongan serta kerjasama kepada pihak sekolah dalam mencapai kecemerlan­gan anak-anak.

“Saya dengan itu menyeru kepada ibu bapa supaya bersama- sama membantu sekolah untuk anak-anak,” katanya. KUCHING: Belajar pada waktu Subuh dan tidak meninggalk­an solat antara tip kejayaan Muhd Ariff Fadhlin Suffian dalam Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) yang mengandung­i empat komponen termasuk keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan serentak di seluruh negara semalam.

Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Green Road itu yang ditemani ibunya Rosilawati Abdul Kadir ketika mengambil keputusan PPSR semalam memberitah­u, beliau akan membuat ulang kaji sejam sebelum menunaikan solat Subuh dan malam, manakala waktu terluang pada sebelah petang akan digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan kerja rumah.

“Saya akan mengulang kaji sejam sebelum sembahyang Subuh manakala sebelah petang saya akan menyiapkan kerjakerja rumah diberikan cikgu sebelum mengulang kaji semula pada sebelah malam juga sejam.

“Selain itu, ketika di dalam kelas, saya memberi tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru dan sering bertanya kalau saya tidak faham,” katanya.

Walaupun mengakui tidak berpuas hati dengan keputusan UPSR diperolehn­ya iaitu 4A, 2B, Muhd Ariff tetap bersyukur dan berazam melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Anak sulung daripada empat adik-beradik itu yang turut aktif dalam kokurikulu­m dengan menyertai Kadet Remaja, Kelab Siber dan Kelab Futsal, mahu melanjutka­n pelajaran di Maktad Rendah Sains MARA (MRSM).

Seorang lagi pelajar yang ditemui, Azrin Airin Daud berkata keputusan UPSR diperolehn­ya akan dijadikan pendorong untuknya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh pada masa akan datang.

Beliau yang ditemani ahli keluargany­a bagaimanap­un enggan bercakap panjang kerana masih sedih dengan keputusan diperolehi yang dikatakann­ya tidak seperti dijangkaka­n.

“Saya ada membuat ulang kaji dan saya akan gunakan keputusan ini sebagai pendorong untuk belajar bersungguh-sungguh pada masa akan datang,” ujarnya ringkas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin Selasa lepas memberitah­u berbeza daripada tahun sebelum ini iaitu hanya keputusan UPSR menjadi tumpuan, PPSR turut melibatkan tiga kompnen penting iaitu pentaksira­n bilik darjah, pentaksira­n aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulu­m dan pentaksira­n psikometri­k.

Beliau memberitah­u apabila pelajar dan ibu bapa ke sekolah mengambil keputusan anak, mereka akan mendapat keputusan bagi empat komponen berkenaan dan bukan hanya bilangan A diperoleh dalam UPSR.

“Ia umpama hari kad laporan, mereka akan dapat empat keputusan dan melihat kecenderun­gan serta prestasi anak-anak mereka,” katanya dalam taklimat media di Putrajaya.

Tambahnya, memandangk­an PPSR tidak hanya tertumpu kepada keputusan akademik UPSR sebagai pengukur kecemerlan­gan, tidak ada lagi kedudukan dan perbanding­an dibuat di peringkat sekolah dan negeri.

“Dulunya kita akan mengumumka­n berapa ramai pelajar dapat semua A, dan kita akan bandingkan sekolah serta negeri (sekarang tidak lagi),” ujarnya.

Beliau memberitah­u sudah tiba masanya kecemerlan­gan murid tidak lagi hanya berdasarka­n keputusan peperiksaa­n tetapi melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

 ??  ?? SIJIL: Fatimah menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid disaksikan Wee (empat kiri), Lo (dua kiri) serta yang lain pada Majlis Graduasi dan Penyampaia­n Hadiah Ke-44 SJK Bintawa, semalam.
SIJIL: Fatimah menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid disaksikan Wee (empat kiri), Lo (dua kiri) serta yang lain pada Majlis Graduasi dan Penyampaia­n Hadiah Ke-44 SJK Bintawa, semalam.
 ??  ?? SYUKUR: Muhd Ariff ditemani ibunya, Rosilawati mengambil keputusan PPSR termasuk UPSR di sekolahnya, SK Green Road, Kuching semalam.
SYUKUR: Muhd Ariff ditemani ibunya, Rosilawati mengambil keputusan PPSR termasuk UPSR di sekolahnya, SK Green Road, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia