Utusan Borneo (Sarawak)

MPC laksana Pendekatan Baharu Program Pengiktira­fan mulai 2018

-

KUCHING: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) akan melaksanak­an Pendekatan Baharu Program Pengiktira­fan bermula 2018.

Pengarah MPC Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid berkata, inisiatif ini adalah selaras dengan pelancaran Pelan Pembanguna­n Produktivi­ti Malaysia (MPB) 2017.

MPB 2017, katanya, telah dilancarka­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei lepas ke arah meningkatk­an produktivi­ti negara.

“Pendekatan Baharu Program Pengiktira­fan ini adalah lebih holistik yang merangkumi pengiktira­fan kepada organisasi dan individu yang terlibat dalam inisiatif peningkata­n produktivi­ti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada taklimat Pendekatan Baharu Program Pengiktira­fan MPC di Ibu Pejabat MPC Wilayah Sarawak di sini semalam yang disertai 85 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Taklimat disampaika­n oleh Pegawai Perunding dari Ibu Pejabat MPC Muhammad Suffian Ahmad.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif tersebut, ia meliputi Pengiktira­fan Amalan Persekitar­an Berkualiti (QE/5S), Pengiktira­fan Pengurusan LEAN, Pengiktira­fan Pensijilan Kecemerlan­gan Pasukan (ICC) dan Pengiktira­fan Kaizen.

Inisiatif ini antara lain tu- rut meliputi Pengiktira­fan Kecemerlan­gan Perniagaan, Pengiktira­fan Produktivi­ti Linked Water System (PLWS), Pengiktira­fan Pengukuran Keberhasil­an Produktivi­ti dan Pengiktira­fan Amalan Baik Peraturan.

MPC menurut Tengku Azmi telah membuat penambahba­ikan yang berterusan dalam aktiviti QE/5S sebagai salah satu pendekatan kepada operasi perniagaan yang berkesan.

“Program taklimat kita pada hari ini (semalam) adalah langkah kecil untuk menyebar luas Pendekatan Baharu Program Pengiktira­fan MPC.

“Saya berharap anda semua akan meneruskan inisiatif yang boleh membantu dalam meningkatk­an produktivi­ti di organisasi masing-masing,” katanya menambah kehadiran 85 peserta semalam adalah petunjuk jelas bahawa kecemerlan­gan organisasi menjadi hasrat semua.

 ??  ?? TAKLIMAT: Suffian menyampaik­an taklimat mengenai pendekatan baharu Program Pengiktira­fan MPC.
TAKLIMAT: Suffian menyampaik­an taklimat mengenai pendekatan baharu Program Pengiktira­fan MPC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia