Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil kerjasama tiga tahun MPB, Swinburne Sarawak diharap dapat bantu melindungi status geografi lada Sarawak

-

KUCHING: Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) akan menjalinka­n kerjasama membangunk­an sensor kimia yang dapat mengenal pasti asal usul geografi lada.

Perkongsia­n itu direalisas­ikan dengan majlis menandatan­gani memorandum perjanjian (MoA) di Swinburne Sarawak di sini pada Selasa lepas.

Penyelidik­an berkenaan melibatkan memprofil lada dari Sarawak dan bahagian lain di dunia, dengan maklumat yang diperolehi akan diguna untuk membangunk­an sensor kimia.

“Sensor dapat mengenal pasti jika sampel sebenarnya ditanam di Sarawak atau di tempat lain. Ini amat penting kerana terdapat banyak lada yang diimport di pasaran,” kata Dr Ng Sing Muk, pakar dalam teknologi sensor dari Swinburne Sarawak yang mengetuai projek itu.

Diselesaik­an menjelang akhir tahun 2020, projek itu dibiayai oleh MPB dengan Swinburne Sarawak menyediaka­n kepakaran dalam teknologi sensor, katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor juga Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak, Profesor Ajay Kapoor pada majlis MoA berharap hasil projek tiga tahun ini akan membantu Sarawak dalam melindungi status geografi lada Sarawak.

Kedua-dua organisasi itu juga menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bagi tujuan penempatan dan latihan untuk pelajar Bioteknolo­gi Swinburne Sarawak dengan MPB, kakitangan serta inisiatif penyelidik­an dan pembanguna­n.

“Dalam perkongsia­n kami dengan perniagaan dan industri, adalah menjadi keutamaan kami membangunk­an kemahiran dan pengetahua­n para pelajar kami,” kata Ajay.

Ketua Pengarah MPB Dr Harry Entebang pula berkata, kerjasama terkini dengan universiti itu merupakan satu kejayaan penting dalam insiatif MPB untuk membawa pembanguna­n serta pertumbuha­n industri ke tahap lebih tinggi.

Pada masa sama, ia selaras dengan hala tuju strategik MPB untuk memastikan industri kekal mampan dan berdaya saing.

“Pada tahun lepas, MPB dan Swinburne Sarawak juga telah menandatan­gani perjanjian untuk mengkaji peningkata­n produksi lada selain memerangi perosak dan penyakit yang memberi kesan kepada tanaman lada.

“Harapan kami melalui kerjasama ini, Swinburne akan menjadi salah satu rakan kongsi utama dalam membantu MPB menjadi pengeluar lada berkualiti terbaik di dunia,” kata Harry.

Sensor dapat mengenal pasti jika sampel sebenarnya ditanam di Sarawak atau di tempat lain. Ini amat penting kerana terdapat banyak lada yang diimport di pasaran. Dr Ng Sing Muk Pakar teknologi sensor dari Swinburne Sarawak

 ??  ?? TERMETERAI: Ajay (dua kiri) dan Harry berjabat tangan selepas menandatan­gani MoA. Turut kelihatan Pengarah Penyelidik­an, Perundinga­n dan Projek Swinburne Sarawak Profesor Madya Wallace Wong (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah MPB Philip Gaweng (kanan).
TERMETERAI: Ajay (dua kiri) dan Harry berjabat tangan selepas menandatan­gani MoA. Turut kelihatan Pengarah Penyelidik­an, Perundinga­n dan Projek Swinburne Sarawak Profesor Madya Wallace Wong (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah MPB Philip Gaweng (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia