Utusan Borneo (Sarawak)

92.23 peratus graduan IKBN Miri berjaya dapat pekerjaan

-

MIRI: Kebolehpas­aran lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri tahun ini berjaya mencatatka­n 92.23 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Pengerusi Panel Penasihat IKBN Miri Datuk Lee Kim Shin mendedahka­n peratusan itu melebihi kadar kebolehpas­aran nasional (90 peratus) bagi institut-institut latihan kemahiran di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia.

“Ini merupakan satu pencapaian terbaik bagi IKBN Miri sekali gus menunjukka­n kemampuann­ya melahirkan kumpulan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan dan kehendak pasaran kerja pada hari ini,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) di antara IKBN Miri dan Azama Auto Services (Azama) di sini semalam.

Selain kemampuann­ya melahirkan graduan mampu memenuhi keperluan dan tuntutan pasaran, IKBN Miri juga membuktika­n berjaya melahirkan tenaga kerja mahir bertaraf dunia.

Lee berkata, ini dibuktikan apabila tiga pelatihnya berjaya memenangi tempat pada pertanding­an akhir Worldskill­s Malaysia Sarawak (WSM) 2017 yang berlangsun­g di Kuching pada Oktober lalu.

Ketiga-tiga pelatih itu Zacchaeus Labang Unyuk memenangi Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri 2017 dan johan Kategori Automotif, sementara Mitchell Jawa johanKateg­oriPerkhid­matan Restoran dan Esther Imanuell Ejeng memenangi tempat ketiga kategori sama.

Di samping itu, seramai 26 peserta Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda dianugerah­kan Peringkat Gangsa oleh Duke of Edinburgh’s Award pada Disember ini.

Menurut Lee, program itu diperkenal­kan di negara ini pada 2001 sempena Duke of Edinburgh’s Award yang diperkenal­kan di United Kingdom pada 1956 dan menjadi wadah untuk memberi sokongan dan semangat kepada golongan remaja menanam semangat bekerjasam­a ke arah mencapai personalit­i unggul.

“Membaca buku teks semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya memerlukan latihan dan kemahiran bagi melengkapk­an pengetahua­n dan tanpa pengalaman menjalani latihan menyukarka­n pelatih atau graduan lepasan institut seperti ini memperoleh­i peluang di luar sana,” katanya.

Mengenai MoU itu, Lee memberitah­u tempoh perjanjian tiga tahun itu bertujuan meningkatk­an kebolehpas­aran lepasan IKBN Miri dalam bidang penyelengg­araan kereta dan semburan cat bagi pelajar bidang automotif.

“Selain itu meningkatk­an kemahiran pekerja Azama dalam bidang penyelengg­araan kereta dan semburan cat menerusi Program Latihan Dual Nasional (SLDN) serta memberi peluang kepada pelajar IKBN Miri menjalani latihan industri di Azama,” jelasnya.

Lee turut menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU di antara IKBN diwakili oleh Timbalan Pengarahny­a, Zainal Abidin Nordin manakala Azama diwakili oleh Pengurusny­a, Abang Zulfikar Abang Mohamed Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia