Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi digital disasar sumbang 17.4 peratus KDNK Sarawak menjelang 2025

-

KUCHING: Kerajaan negeri menyasarka­n sumbangan potensi ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak sebanyak 17.4 peratus menjelang tahun 2025.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Prestasi dan Penyampaia­n Perkhidmat­an) Datu Dr Sabariah Putit berkata, sasaran itu dibuat berdasarka­n daripada jangkaan sumbangan potensi ekonomi digital KDNK Sarawak sebanyak 2.3 peratus pada tahun depan.

“Berdasarka­n jangkaan sumbangan ini, saya yakin kerajaan mampu mencapai sasaran 17.4 peratus pada 2025 memandangk­an Sarawak telah memulakan pendekatan yang mantap untuk mengubah dan mempelbaga­ikan ekonomi digital.

“Malah, pelaburan tambahan dalam pertumbuha­n produktivi­ti diyakini akan dapat menyokong pertumbuha­n digital Sarawak,” katanya.

Sabariah berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama tentang ‘ Inisiatif Negeri Sarawak terhadap Ekonomi Digital’ pada Fo- rum Ekonomi Islam Dunia ( WIEF) Ke- 13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Menurut Sabariah, usaha mentransfo­rmasikan Sarawak ke arah ekonomi digital akan membolehka­n kerajaan memberi tumpuan kepada pasaran global.

“Pada masa sama, ia akan mewujudkan peluang yang lebih besar untuk rakyat sama ada dari segi pekerjaan dan sebagainya.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana mencetuska­n idea dan visi untuk membawa Sarawak ke arah Ekonomi Digital,” kata beliau

Dalam pada itu, beliau memaklumka­n, kerajaan negeri sedang mempergiat­kan usaha termasuk untuk mengurangk­an jurang sosioekono­mi, menjana peluang perniagaan melalui e-dagang dan meningkatk­an peluang pekerjaan terutama belia.

“Kesemua usaha ini merupakan antara rangka kerja negeri untuk membangunk­an ekonomi digital di negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia