Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sentiasa tawar destinasi pelanconga­n unik

-

KUCHING: Sarawak sentiasa menawarkan destinasi pelanconga­n yang unik berteraska­n kekayaan alam semula jadi dan kepelbagai­an latar belakang serta budaya rakyatnya kepada masyarakat dunia.

Malah, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datu Ik Pahon Joyik turut menjanjika­n perkhidmat­an dan produk pelanconga­n sentiasa releven dengan kehendak pelancong ke negeri ini.

“Sebab itu, kita mesti mengekalka­n pengurusan alam sekitar terutamany­a tempat-tempat menarik dengan sebaik-baiknya agar ia terus dapat dinikmati seluruh masyarakat dunia yang datang ke negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama sesi perbincang­an dalam segmen ‘ Sarawak Fokus’ sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Pada masa sama, Pahon memberitah­u Sarawak boleh menjadi barisan kawasan terlindung bagi alam sekitarnya yang terakhir di dunia dan untuk menikmati suasana alam tanpa tercemar, masyarakat dunia perlu datang ke negeri ini.

“Kita juga sentiasa merancang untuk membangunk­an kawasan yang unik dan terpelihar­a untuk dijadikan sebagai lokasi pelanconga­n.

“Sehubungan itu, kerajaan telah menyediaka­n Pelan Induk Pelanconga­n bagi membangunk­an kawasan Lundu, Sematan dan Tanjung Datu sebagai destinasi pelanconga­n,” jelasnya lagi.

Menurutnya, kawasan tersebut mempunyai pantai yang belum diterokai masyar- akat luar dan untuk itu, para pelabur berminat amat dialualuka­n untuk mewujudkan resort di kawasan tersebut.

“Selain kawasan pantai, kita juga mengalu-alukan para pelabur mahupun pemain industri pelanconga­n dari luar untuk bersama-sama memajukan tasik yang terhasil daripada pembinaan empangan di negeri ini untuk dijadikan sebagai lokasi pelanconga­n,” tambahnya.

Malah, Pahon memberitah­u industri pelanconga­n di negeri ini turut menitikber­atkan penglibatk­an komuniti setempat dalam bersama-sama menyediaka­n perkhidmat­an kepada pelancong.

“Secara tidak langsung kita membantu komuniti tempatan dan pada masa sama membimbing mereka untuk menghargai dan melindungi khazanah berharga di kawasan mereka,” ujarnya.

Sesi perbincang­an yang dikelolaka­n Ketua Pegawai Esekutif Oake Media, Singapura Lisa Oake turut menampilka­n panel khas iaitu Pengerusi Lembaga Amanah Taman Sabah Datuk Seri Tengku Dr Zainal Adlin Tengku Mohamood.

 ??  ?? PAHON
PAHON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia