Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak tarikan, kelebihan perbanding­an untuk pelabur melabur di Sarawak: TKM

-

KUCHING: Sarawak menawarkan banyak tarikan dan kelebihan perbanding­an untuk pelabur, dan juga untuk ekopelanco­ngan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Dengan kelebihan negeri, Awang Tengah memberi jaminan Sarawak sememangny­a merupakan tempat yang indah dan bagus untuk syarikat dan para pelabur melabur dan menjalanka­n perniagaan.

“Rakyat Sarawak dikenali sebagai masyarakat yang ramah, rajin serta berkeboleh­an menggunaka­n bahasa Inggeris secara meluas.

“Tambahan pula, kerajaan negeri sentiasa mesra pelabur dan mempunyai semua rangka kerja perundanga­n untuk memastikan kepentinga­n pelabur dilindungi.

“Dan sekarang ini, kerajaan negeri sedang melancarka­n Ekonomi Digital bagi melonjakka­n negeri menjadi ekonomi berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2030,” ujarnya.

Beliau berkata demikan ketika berucap semasa pembentang­an bertajuk ‘Peluang Pelaburan dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE)’ sempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Sehubungan itu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, kerajaan negeri sentiasa menggalakk­an penubuhan pokok perindustr­ian dengan spesies yang berkembang pesat seperti akasia.

“Ini bertujuan bagi mengekalka­n sumber kayu sekali gus memulihara hutan semula jadi.

“Untuk makluman, satu juta hektar tanah diperuntuk­kan bagi pokok perindustr­ian dan pada ini, lebih 400,000 hektar telah ditanam.

“Dengan langkah ini, kita yakin terdapat banyak peluang untuk industri berasaskan kayu seperti perabot serta industri pulpa dan kertas di negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia