Utusan Borneo (Sarawak)

JHS laksana projek pasang papan tanda amaran di sungai-sungai yang dikenal pasti

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) sedang menjalanka­n projek pemasangan papan tanda amaran buaya di kampung, rumah panjang termasuk sekolah khususnya yang terletak berhampira­n sungai yang dihuni haiwan itu.

Pemasangan papan tanda tersebut adalah bagi mengingatk­an orang ramai supaya berwaspada, sekali gus mengelak risiko serangan buaya yang berada di sungai-sungai yang telah dikenal pasti.

Menurut Timbalan Kontroler Hidupan Liar JHS Engkamat Lading, inisiatif pemasangan papan tanda amaran buaya dilakukan ekoran sering berlakunya insiden serangan buaya yang meragut nyawa manusia, terutama melibatkan penduduk luar bandar dan pedalaman yang tinggal berhampira­n sungai.

Jelas beliau, insiden yang tidak diingini itu amat membimbang­kan dan adalah wajar untuk JHS meningkatk­an

Papan tanda amaran buaya ini akan diletakkan di sungai-sungai yang dikenal pasti mempunyai populasi buaya tinggi untuk memberitah­u orang ramai supaya berhati-hati dengan buaya. Engkamat Lading Timbalan Kontroler Hidupan Liar JHS

kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa mengelak daripada berada di sungai yang mempunyai populasi buaya.

“Papan tanda amaran buaya ini akan diletakkan di sungaisung­ai yang dikenal pasti mempunyai populasi buaya tinggi untuk memberitah­u orang ramai supaya berhatihat­i dengan buaya,” katanya ketika dihubungi.

Engkamat berkata, barubaru ini pihaknya telah memasang sebanyak lapan papan tanda amaran buaya di kampung dan rumah panjang berhampira­n sungai yang dikenal pasti banyak buaya seperti Betong, Eng- kilili, Pantu, Sri Aman dan Saratok.

Selain itu, katanya, pemasangan papan tanda itu juga telah dibuat di sebuah sekolah rendah yang berdekatan dengan sunyai yang banyak buaya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok di Engkilili.

“Tumpuan pemasangan papan tanda amaran buaya ini adalah di tepi sungai yang banyak buaya dan menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Justeru, beliau berkata lebih banyak pemasangan papan tanda amaran buaya akan dibuat dari semasa ke semasa bagi mengelak konflik antara manusia dan reptilia itu.

 ??  ?? TINGKAT KESEDARAN: Kakitangan Bahagian Taman Negara dan Hidupan Liar JHS selepas memasang papan tanda amaran buaya di Kampung Tisak Ulu, Betong.
TINGKAT KESEDARAN: Kakitangan Bahagian Taman Negara dan Hidupan Liar JHS selepas memasang papan tanda amaran buaya di Kampung Tisak Ulu, Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia