Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita berkemahir­an digalak rebut peluang disedia kerajaan

-

MALUDAM: Wanita berkemahir­an digalak merebut peluang disediakan kerajaan.

Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batang Lupar, Zuraida Julai berkata peluang wanita meningkatk­an pendapatan diri serta keluarga kini terbuka luas.

Katanya, kerajaan sentiasa memberi peluang kepada kaum wanita di luar bandar menceburka­n diri dalam pelbagai bidang bagi menambah pendapatan.

“Penghasila­n produk kraf tangan diperbuat daripada plastik dilihat mampu menjana ekonomi wanita di luar bandar.

“Malah, produk- produk kraf tangan mampu dijual ke kawasan lain untuk menjana pendapatan ekonomi wanita,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Gabungan Wanita anjuran Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batang Lupar di Kampung Spinang, Maludam di sini kelmarin.

Penutupan majlis itu disempurna­kan Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Kecil Maludam, Noraini Edi mewakili Setiausaha Politik Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Zuraida berharap kaum wanita di luar bandar tidak melepaskan peluang menyertai kursus- kursus bagi membangunk­an keluarga dan mereka sendiri.

“Kaum wanita yang memiliki kemahiran menghasilk­an kraf tangan jangan takut mencuba untuk memasarkan produk mereka ke kawasan lain,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Kam- pung Spinang Ayu Nerawi, Ketua Kampung Semarang Morni Salleh, Kaunselor Suria Azmi, Ketua Wanita PBB Kampung Spinang Piah Narawi, Ketua Wanita PBB Kampung Semarang, Fauziah Encem serta yang lain.

Majlis itu dimeriahka­n dengan demonstras­i masakan bubur lambuk, pertanding­an Ratu Kebaya, gubahan bunga, persembaha­n Pentas MPWK, poco-poco dan karaoke.

 ??  ?? TAHNIAH: Noraini (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang disaksikan Zuraida (dua kiri), Suria (kanan), Ayu pada majlis itu.
TAHNIAH: Noraini (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang disaksikan Zuraida (dua kiri), Suria (kanan), Ayu pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia