Utusan Borneo (Sarawak)

60 murid SK RC Kubong sertai perkhemaha­n unit beruniform

-

LIMBANG: Hampir 60 murid tahun empat, lima dan enam SK RC Kubong menimba pengalaman pada Perkhemaha­n Unit Beruniform dan Kem Bina Sahsiah di sekolah itu, baru- baru ini.

Guru Besarnya, William Awang berkata program tiga hari itu penting bagi meningkatk­an kemahiran murid-murid aktiviti kepengakap­an.

“Program ini memberi peluang kepada ahli-ahli unit pakaian seragam mengembang­kan bakat dan kebolehan mereka.

“Di samping itu, ia menyuntik kesedaran dalam kalangan murid agar menjauhi masalah disiplin,” katanya.

Menurutnya, perkhemaha­n itu mampu memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan ahli unit pakaian seragam.

“Program ini mampu melahirkan ahli- ahli yang menghormat­i diri, anggota kumpulan, keluarga, agama, bangsa dan negara.

“Murid, juga didedah dengan pelbagai kemahiran dan ilmu bagi menyuntik semangat dan jati diri tinggi selain meminimumk­an masalah disiplin di sekolah,” jelasnya.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk taklimat perkhemaha­n, ceramah kesihatan dan pertolonga­n cemas, kawad kaki dan sebagainya.

Turut terlibat menjayakan program itu ialah Pasukan Klinik Kesihatan Kuala Penganan, PDRM, Persatuan Pengakap Daerah Limbang dan warga SK RC Kubong.

Hadir sama Pesuruhjay­a Pengakap Limbang Abdul Malik Deni. BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan melaksanak­an pembinaan pembetung melalui tiga fasa untuk projek ‘Bintulu Central Boulevard’ dari persimpang­an lampu isyarat Jalan Abang Galau ke jalan antara Law Gek Soon dan Sultan Iskandar mulai 27 November ini untuk tempoh empat bulan setengah.

Pemangku Pengurus merangkap Penolong Jurutera Seksyen Penyelengg­araan Infrastruk­tur dan Bahagian Bengkel BDA Mohamad Azrul Ismail berkata, pembinaan kotak pembetung 2,500 milimeter itu dijalankan dalam tiga peringkat oleh kontraktor bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar.

Tiga peringkat itu merangkumi pembinaan kotak pembetung 16 meter, 18 meter dan 22 meter di kawasan tersebut.

Ia bakal membawa beberapa perubahan besar di kawasan pusat bandar Bintulu apabila ‘Bintulu Central Boulevard’ iaitu satu laluan jalan baharu siap kelak.

 ??  ?? TINGKAT KEMAHIRAN: Malik (belakang, tiga kiri) dan William merakamkan kenangan bersama murid pada Perkhemaha­n Unit Beruniform dan Kem Bina Sahsiah SK RC Kubong baru-baru ini.
TINGKAT KEMAHIRAN: Malik (belakang, tiga kiri) dan William merakamkan kenangan bersama murid pada Perkhemaha­n Unit Beruniform dan Kem Bina Sahsiah SK RC Kubong baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia