Utusan Borneo (Sarawak)

SJK (C) Uk Daik disaran satukan sumber untuk bangun pendidikan

-

SIBU: Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Uk Daik digesa menyatukan sumber mereka memastikan sekolah dapat terus berada di landasan betul.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n, Dato Sri Wong Soon Koh berkata pembanguna­n pendidikan anak-anak memerlukan komitmen semua pihak.

“Kita mesti bergerak dan berubah seiring dengan pembanguna­n yang kian pesat dalam usaha menyediaka­n pendidikan terbaik selaras dengan keperluan masyarakat,” katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-91 SJK (C) Uk Daik di sini, malam kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Persatuan Gabungan Jawatankua­sa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Temenggung Datu Vincent Lau.

Katanya, SJK (C) Uk Daik mengalami perubahan selama 91 tahun sejak penubuhan sekolah itu dan terus memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan sokongan masyarakat.

Wong yakin Persatuan Bekas Pelajar SJK (C) Uk Daik yang baharu ditubuhkan dapat memperkuku­h pembanguna­n sekolah.

“SJK (C) Uk Daik dibina pada 1926 dan persatuan bekas pelajar baharu ditubuhkan pada Jun tahun ini.

“Penubuhan persatuan bekas pelajar ini pasti membantu mengukuhka­n pembanguna­n sekolah,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu meminta sokongan dan kerjasama semua demi pembanguna­n pendidikan sekolah Cina dan memuji Lembaga Pengurusan Sekolah di bawah kepimpinan Pengerusin­ya, Albert Lau yang komited memberi khidmat terbaik pembanguna­n sekolah.

Katanya, SJK (C) Uk Daik antara sekolah Cina di Sibu yang mempunyai pelajar paling ramai kerana pihak sekolah dan lembaga pengu- rusan mendapat keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu.

Wong berkata, blok bangunan sekolah baharu mempunyai kemudahan lengkap sekali gus mewujudkan persekitar­an pembelajar­an lebih kondusif kepada pelajar.

Blok yang menelan kos pembinaan kira-kira RM3 juta itu merangkumi dua bilik guru, perpustaka­an, bilik mesyuarat, pejabat utama, kantin, pejabat pentadbira­n, empat bilik kelas dan bilik komputer.

Wong turut mengumumka­n peruntukan RM30,000 dan pihak sekolah berjaya mengumpul kira-kira RM300,000 pada majlis makan malam untuk dana pembinaan blok baharu sekolah.

Hadir sama Pengerusi Kehormat Lembaga Pengurusan Sekolah SJK (C) Uk Daik Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJK (C) Uk Daik Albert Lau dan Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Salemah Chali.

 ??  ?? SELAMAT ULANG TAHUN: Vincent (empat kiri) bersama Tiong (kiri), Albert (tiga kiri), Salemah (dua kanan) serta tetamu jemputan memotong kek ulang tahun ke-91 SJK (C) Uk Daik.
SELAMAT ULANG TAHUN: Vincent (empat kiri) bersama Tiong (kiri), Albert (tiga kiri), Salemah (dua kanan) serta tetamu jemputan memotong kek ulang tahun ke-91 SJK (C) Uk Daik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia