Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan RS1 hulur sumbangan kepada Sarawak Tropical Rainforest Hash Club

-

SIBU: Pasukan Rancangan Sibu 1.0 ( RS1) dari Parti Rakyat Bersatu ( UPP) menghulurk­an sumbangan RM10,000 serta 300 helai baju- T kepada Sarawak Tropical Rainforest Hash Club, baru- baru ini.

Sumbangan itu bagi membantu kelab tersebut menganjurk­an Larian Tropical Rainforest Ke10 pada 16 Disember ini di Kemuyang di sini.

Larian lasak tersebut bagi edisi ke- 10 dianjurkan setiap tahun.

Acara berlari meredah hutan itu dijangka disertai seramai 300 peserta dari seluruh Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

Penyerahan replika cek disempurna­kan Ketua RS1 yang juga calon boleh menang UPP bagi kerusi Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong pada satu majlis ringkas di sini.

Pengerusi pengelola, Michelle Wong menerima replika cek itu bagi mewakili kelab larian lasak tersebut.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Andrew (dua kanan) menyerahka­n sumbangann­ya kepada Michelle.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Andrew (dua kanan) menyerahka­n sumbangann­ya kepada Michelle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia