Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis penutupan SKSJ Khas Meradong pada 25 November

-

SARIKEI: Majlis penutupan Satu Komuniti Satu JPJ Khas ( SKSJ Khas) Meradong anjuran Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarikei akan berlangsun­g pada Sabtu, 25 November 2017 ini.

Program akan diadakan di Stadium Chen Ling Mei, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung, Bintangor bermula jam 7 pagi.

Ketua Cawangan JPJ Sarikei Pegawai Penguat Kuasa Nurul Fairezzah Safri berkata, seramai 2,660 peserta SKJS dijangka hadir pada program ini.

“Program ini dijangka disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing dan dijangka turut hadir Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah.

“Semua peserta yang telah lulus diminta hadir dengan memakai bajuT berwarna oren yang digunakan semasa ujian praktikal pada 28 dan 29 Oktober serta 4 dan 5 November supaya peserta kelihatan seragam.

“Seramai dua pasangan iaitu peserta termuda dan tertua bagi kategori lelaki dan wanita akan menerima replika lesen memandu percubaan kelas B2 (PDL) berserta topi keledar dan ves daripada tetamu kehormat,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Selain majlis penyerahan lesen kepada para peserta SKSJ, turut diadakan pertanding­an masakan dan ceramah keselamata­n jalan raya.

Pada majlis sama, kata Nurul Fairezzah, JPJ akan membuka kaunter pemeriksaa­n motosikal Lesen Kenderaan Motor yang telah luput tarikh melebihi setahun secara percuma kepada orang ramai.

“Sehubungan itu, kita menyeru kepada semua yang terlibat dengan program ini memberikan kerjasama dan komitmen agar hadir tepat pada masa dan lokasi seperti yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran majlis,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia