Utusan Borneo (Sarawak)

28 individu ikuti program tingkat imej industri sawit

-

MIRI: Dalam usaha meningkat imej mampan industri minyak sawit negara, seramai 28 individu beberapa syarikat perladanga­n kelapa sawit sekitar sini mengikuti program taklimat Malaysian Sustainabl­e Palm Oil (MSPO) di sini baru-baru ini.

Program anjuran Interface Education Group (IEG) ini telah diadakan di bilik seminar pusat tersebut dengan menjemput penceramah berpengala­man dalam bidang perladanga­n iaitu Johnny Miller Melaka.

Menurut kenyataan media dari IEG berkata program tersebut merupakan salah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dijalan pusat tersebut bagi memberi kesedaran melalui seminar secara percuma kepada beberapa pihak berkepenti­ngan.

“Objektif seminar ialah memberi kesedaran mengenai pensijilan MSPO dilaksana Kementeria­n Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi.

“MSPO dibangun dengan mengambil kira undang-undang dan peraturan negara, amalan terbaik kemampanan serta maklum balas daripada pihak berkepenti­ngan berkaitan,” katanya.

Selain itu, melalui seminar berkenaan, peserta diterang mengenai kepentinga­n MSPO dalam bidang perladanga­n kelapa sawit.

Menurut kenyataan itu lagi, seminar Pensijilan MSPO secara percuma ini adalah pertama kali diadakan oleh pusat tersebut dan seminar dengan tajuk yang sama akan diadakan lagi pada 15 Disember depan.

Turut hadir pada seminar tersebut ialah Pengurus Wilayah Borneo Kapten Anwar Sahabuddin dan Ketua Pusat Interface Global Education (IGE) Miri Norhafifah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia