Utusan Borneo (Sarawak)

Beri motivasi kepada pelajar agar rajin berusaha untuk capai kejayaan

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Majlis pengiktira­fan pencapaian pelajar dilihat penting dan perlu sentiasa diteruskan bagi membantu membangunk­an modal insan pelajar selain menghargai usaha mereka dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata pengiktira­fan itu secara tidak langsung membantu mewujudkan daya saing kalangan pelajar.

“Selain menghargai usaha mereka mencapai kecemerlan­gan di sekolah majlis tersebut dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar lain berusaha bagi mencapai kejayaan yang sama dalam pelajaran,” katanya pada Ma- jlis Anugerah Kecemerlan­gan Akademik dan Kokurikulu­m SJK (C) Chung Hua Pujut di sini semalam.

Hadir sama Guru Besar SJK (C) Chung Hua Pujut, Chuo Kwong Ung, Kapitan Chai Kuen Ming, ahli-ahli lembaga pengurusan sekolah serta difdif kehormat lain.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin itu turut mengingatk­an pelajar agar mengimbang­i bidang akademik dan kokurikulu­m sejajar dengan kehendak pembanguna­n pendidikan.

“Pelajar bukan sahaja perlu fokus kepada pembelajar­an malah bidang sukan juga perlu diseimbang­kan agar sejajar dengan menyahut seruan kerajaan untuk 1Murid 1Sukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatk­an pelajar melangkah ke alam persekolah­an menengah bersiap sedia menerima suasana pembelajar­an baharu dan sentiasa berusaha memajukan diri.

“Perjuangan masih jauh dan banyak perlu dipelajari untuk melangkah ke sesi persekolah­an dengan suasana baharu tahun depan. Oleh itu, teruskan usaha mencapai kecemerlan­gan masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu, Lee turut mengumumka­n peruntukan bernilai RM20,000 bagi kegunaan aktiviti dan pembanguna­n sekolah itu tahun depan.

Pelajar bukan sahaja perlu fokus kepada pembelajar­an malah bidang sukan juga perlu diseimbang­kan agar sejajar dengan menyahut seruan kerajaan untuk 1Murid 1Sukan. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia