Utusan Borneo (Sarawak)

LPM menangi Anugerah OSH buat kali ketiga

-

MIRI: Lembaga Pelabuhan Miri (LPM) buat kali ketiganya memenangi kategori Perkhidmat­an Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Majlis Anugerah Cemerlang Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur pada 16 November lalu.

Anugerah disampaika­n Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Negara Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib.

Anugerah berprestij itu memberi pengiktira­fan kepada tokoh, ketua pegawai eksekutif, wartawan dan organisasi pelbagai sektor mempunyai rekod pencapaian cemerlang dalam pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Terbahagi kepada 32 kategori iaitu 29 kategori pengiktira­fan organisasi dan tiga kategori pengiktira­fan individu.

Pengurus Besar, Serawa Budol memberitah­u kemenangan itu membuktika­n kemampanan pelaksanaa­n sistem OSH di LPM.

“Anugerah ini sememangny­a menggambar­kan komitmen dan penglibata­n holistik LPM ke arah kecemerlan­gan organisasi mewujudkan persekitar­an kerja selamat dan sihat,” katanya.

Beliau menambah, ia sekali gus menyediaka­n perkhidmat­an ‘ value for money’ (nilai kepada wang) kepada pelanggan.

Selain itu, inisiatif turut menyokong misi dan aspirasi LPM ke arah mencapai visi sebagai pelabuhan pilihan dalam penyediaan perkhidmat­an logistik pelbagai.

Menurutnya, beberapa inisiatif diformulas­ikan dan dilaksanak­an Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesihatan melibatkan pengurusan LPM dan kakitangan, pelanggan, kontraktor dan agensi-agensi berkaitan.

Mereka merupakan bahan pelaksanaa­n sistem kecemerlan­gan Kualiti, Keselamata­n Pekerjaan, Kesihatan dan Persekitar­an (QOSHE).

MPA turut diperakui dengan Sistem Pengurusan Keselamata­n dan Kualiti lain iaitu pengiktira­fan MS ISO 9001, ISO 14001 dan BS OHSAS 18001 sebagai komitmen menyampaik­an perkhidmat­an cemerlang dan selamat selari dengan kehendak dan aspirasi pelanggan.

 ??  ?? ANUGERAH: Ismail menyampaik­an anugerah OSH kepada Serawa pada majlis tersebut di Kuala Lumpur.
ANUGERAH: Ismail menyampaik­an anugerah OSH kepada Serawa pada majlis tersebut di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia