Utusan Borneo (Sarawak)

Guru-guru diingat melengkapk­an diri dengan pelbagai kemahiran

-

MIRI: Guru- guru diingat melengkapk­an diri dengan pelbagai kemahiran baharu selari dengan sistem pengajaran dan pembelajar­an (PdP) Abad ke-21 yang merupakan satu cabaran dunia pendidikan kini.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Miri, Dr Hassan Hasbollah berkata guru-guru perlu mengetahui PdP Abad ke-21 mempunyai ciri-ciri berbeza dengan sistem pendidikan masa lampau.

“Tujuan PdP Abad ke-21 adalah bagi melahirkan murid-murid produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Bagi memastikan objektif PdP Abad ke-21 dapat dicapai, guru-guru perlu mempersiap diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut agar pengajaran berlangsun­g dengan berke- san,” katanya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang (SKJB) di Dewan Suarah di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Penolong Penyelia Unit Pembanguna­n dan Bekalan Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Khashim Yusoff.

Hassan berkata, pendidik diingat jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian hari ini. Pengasuhan, bimbingan dan dorongan semua aspek hidup seseorang murid daripada peringkat awal lagi adalah penting.

Katanya, ibu bapa pula berperanan memastikan usaha dimulakan di sekolah diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah.

“Sarana sekolah dan sarana ibu bapa adalah satu program dirancang Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam program yang dianjurkan pihak sekolah.

“Sokongan dan penglibata­n ibu bapa adalah penting dalam membantu pihak sekolah meningkatk­an kecemerlan­gan sekolah.

“Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah dengan menjadi ahli Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KSIB) dan tahniah kepada SKJB kerana merealisas­ikan program itu dengan jayanya kerana mempunyai Exco PIBG dan KSIB yang mantap,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SKJB Ahmad Othman berkata pengiktira­fan diberi kepada pelajar cemerlang tidak dibatas kepada bidang kurikulum semata-mata namun kebolehan psikomotor atau ‘hands-on’ ciri efektif seperti kepimpinan dan sahsiah mesti berjalan seiringan.

“SKJB memberi saingan dalam bidang kokurikulu­m dengan melahirkan atlet-atlet terbaik setanding sekolah rendah lain di daerah Miri.

“Mewakili warga SKJB, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa yang banyak membantu, menyokong dan menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah selama ini,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai keputusan Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) 2017, Ahmad hanya memberitah­u SKJB memperoleh­i peningkata­n berbanding tahun lalu.

Pada majlis itu, Kimverly Wilson Maja dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang SKJB 2017, Ariff Imran Zamry menerima Anugerah Pelajar Cemerlang SKJB 2017 dan Kristen Chong sebagai Tokoh Kokurikulu­m SKJB 2017.

Selain anugerah kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m turut disampaika­n sijil tamat sekolah kepada murid-murid tahun enam.

Turut hadir Yang Dipertua PIBG Mohd Farez Samin, Penolong Kanan 1 Henry Madai, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Nurmila Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulu­m Henry Edward Tarang dan Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Suhaila Sabeh.

 ??  ?? CEMERLANG: Murid-murid tahun enam SKJB bersorak keriangan selepas menerima keputusan PPSR 2017.
CEMERLANG: Murid-murid tahun enam SKJB bersorak keriangan selepas menerima keputusan PPSR 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia