Utusan Borneo (Sarawak)

APMM dilantik agensi peneraju selaras aktiviti pengawasan udara

Kerajaan sentiasa pastikan kedaulatan maritim, ruang udara dilindungi

-

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) dilantik sebagai agensi peneraju bagi penyelaras­an aktiviti pengawasan udara di kawasan maritim negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya pelantikan itu dipersetuj­ui dalam mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Tinggi ( HLC) Penyelaras­an Penggunaan Aset-Aset Udara Milik Agensi Kerajaan yang beliau pengerusik­an di Parlimen, Kuala Lumpur kelmarin.

“Pelantikan APMM adalah berdasarka­n tang- gungjawab agensi ini dalam menjaga kesejahter­aan serta keamanan Zon Maritim Malaysia sepertiman­a yang termaktub dalam Akta APMM 2004 (AKTA 633),” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan se- malam mengenai mesyuarat HLC itu.

Beliau berkata pesawat APMM juga didaftarka­n di bawah regulasi ‘ Directorat­e General Technical Airworthin­ess’ ( DGTA) yang membolehka­n setiap pesawatnya terbang bebas mengikut ketinggian yang diperlukan dengan memiliki konfiguras­i dan spesifikas­i keperluan operasi terutamany­a untuk mencari dan menyelamat (SAR).

Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan sentiasa memastikan kedaulatan dan keselamata­n maritim dan ruang udara negara sentiasa dilindungi dan terus terpelihar­a.

Oleh yang demikian, katanya keberkesan­an aktiviti pengawasan ruang udara di kawasan perairan negara harus terus dipertingk­atkan melalui konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang kekuatan aset agensi kerajaan sedia ada dapat dikolabora­tif secara kolektif termasuk di Kawasan Keselamata­n Khas Timur Sabah ( ESSZone) dan kawasan tertentu di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan berharap agar penyelaras­an penggunaan aset-aset udara yang dilaksanak­an melalui platform mesyuarat HLC itu dapat meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap keupayaan serta tahap kesiapsiag­aan aset-aset udara dalam operasi kawalan keselamata­n perairan dan ruang udara negara. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan semalam sekali lagi menegaskan tidak akan sesekali menyokong langkah penjualan rokok ‘kiddie pack’ atau pek mini, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penjualan rokok ‘ kiddie pack’ yang mengandung­i kuantiti kurang daripada 20 batang dan lebih murah hanya akan menarik lebih ramai perokok terutamany­a remaja.

“Kementeria­n memandang serius amalan merokok di negara ini yang merupakan faktor risiko kepada pelbagai masalah kesihatan dan kematian pramatang.

“Larangan penjualan rokok ‘kiddie pack’ adalah untuk membendung masalah penggunaan rokok dalam kalangan remaja,” katanya ketika menjawab soalan asal Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) berhubung perkara tersebut pada sesi soal jawab.

Dr Hilmi berkata negara ASEAN lain juga mengambil langkah melarang pembungkus­an rokok dalam pek mini dan sehingga kini hanya empat negara di rantau ini masih belum melaksanak­an kawalan tersebut iaitu Thailand, Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Menjawab soalan tambahan Dr Azman Ismail ( PKRKuala Kedah) mengenai keberkesan­an penguatkua­saan larangan merokok dalam kalangan remaja, Dr Hilmi berkata satu cadangan untuk mewujudkan undang-undang baharu berkaitan produk tembakau kini sedang diteliti Jabatan Peguam Negara (AG).

Beliau berkata cadangan menaikkan had umur membeli dan menjual rokok dari 18 kepada 21 tahun akan dibentangk­an di Parlimen setelah mendapat penelitian daripada AG. — Bernama

Pelantikan APMM adalah berdasarka­n tanggungja­wab agensi ini dalam menjaga kesejahter­aan serta keamanan Zon Maritim Malaysia sepertiman­a yang termaktub dalam Akta APMM 2004 (AKTA 633). Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia