Utusan Borneo (Sarawak)

Isu imigresen rentasi Brunei dijangka selesai tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam menegur ahli parlimen Shah Alam kerana mengganggu aturan mesyuarat dan kerap mencelah semasa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan jawapan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Semasa sesi yang sedang membincang­kan isu agama dan perkembang­an kumpulan atheis dalam negara, Khalid Abd Samad (AMANAH-Shah Alam) mencelah membangkit­kan beberapa perkara berupa dakwaan mengaitkan agama dan politik.

Tindakan Khalid yang kerap mencelah dan tidak memberi peluang kepada Asyraf Wajdi untuk terus menjawab telah mengundang kemarahan Pandikar Amin, seterusnya memberi amaran untuk mengarahka­n Khalid keluar dewan sekiranya masih terus berdegil.

“Saya yang menimbang sama ada apa yang dihujah itu melanggar peraturan atau tidak. YB Shah Alam tadi cakap, saya teliti, tetapi di hujung hujah dikaitkan politik daripada agama.

“Apabila menteri beri jawapan, bermakna hujah yang dipolitikk­an terpaksa dijawab dengan politik,” kata Pandikar Amin.

Asyraf Wajdi kemudian berkata beliau terpaksa menjawab secara politik kerana tuduhan yang dilemparka­n kepada kerajaan oleh pembangkan­g adalah tidak berasas.

“Walaupun Islam adalah agama persekutua­n namun Islam agama yang adil dan mengiktira­f kebersamaa­n, selain meraikan kepelbagai­an agama di negara ini. Tiada dalam dunia mana- mana agama yang ada patung Buddha terbesar di Asia, patung Hindu terbesar di Asia tetapi kita tidak pernah mengalami pemberonta­kan dan keti- dakpuasan hati kerana Islam yang dibawa Barisan Nasional tidak pernah mendiskrim­inasi sesiapa,” katanya.

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Siti Mariah Mahmud (AMANAH-Kota Raja) mengenai perkembang­an Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur, Asyraf Wajdi berkata ideologi itu adalah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaa­n Kepada Tuhan.

Jelasnya, Perlembaga­an juga menyatakan bahawa kerajaan boleh mengadakan apa-apa peruntukan undang-undang untuk menyekat doktrin atau pemahaman yang mengganggu-gugat agama Islam. — Bernama BANDAR SERI BEGAWAN: Isu-isu imigresen yang berkaitan laluan Lebuh Raya Pan Borneo merentasi Brunei, dijangka dapat diselesaik­an sebelum rundingan tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuan dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersempena rundingan tahunan pemimpin ke-21 Malaysia-Brunei, cadangan Malaysia untuk mewujudkan laluan baharu dari Bandar Seri Begawan ke Limbang di Malaysia, turut diterima baik oleh baginda Sultan.

Beliau berkata baginda juga mahu supaya proses memberi kelulusan imigresen yang melibatkan keperluan cop pada pasport sebanyak tujuh kali untuk laluan sehala merentasi Brunei ketika ini, dikurangka­n kepada hanya sekali cop ketika masuk, dan sekali lagi semasa keluar.

Katanya Malaysia juga akan mencadangk­an supaya dibangunka­n satu sistem yang mudah diaplikasi di samping menjaga keperluan keselamata­n, bertujuan memudahkan pergerakan rakyat antara kedua-dua negara, dan pada masa sama, mempunyai ciriciri keselamata­n yang diperlukan.

“Perkara ini sudah lama dibincangk­an, kedua- dua pihak bersetuju supaya ia mesti diselesaik­an sebelum rundingan tahunan pemimpin akan datang,” katanya dalam persidanga­n media selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah di sini petang semalam.

Najib berkata Sultan Hassanal Bolkiah jelas menantikan usaha ke arah melancarka­n pergerakan laluan Pan Borneo, kerana menurutnya, semasa baginda menyertai Regata di Kuching Sarawak minggu lepas, anggota pasukan baginda yang menggunaka­n laluan darat terpaksa menempuh perjalanan sehingga 14 jam untuk sampai.

Perdana menteri berkata, beliau memaklumka­n bahawa apabila siap Lebuh Raya Pan Borneo, tempoh waktu perjalanan itu dijangka boleh dikurangka­n sehingga separuh daripada tempoh waktu ketika ini.

“Itulah kesan pembanguna­n Lebuh Raya Pan Borneo itu nanti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERJUMPAAN: Najib (kiri) dan Sultan Hassanal pada pertemuan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-21 Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, semalam.
— Gambar Bernama PERJUMPAAN: Najib (kiri) dan Sultan Hassanal pada pertemuan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-21 Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia