Utusan Borneo (Sarawak)

PM ucap tahniah kepada semua calon UPSR 2017

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengucapka­n tahniah kepada semua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mengambil keputusan semalam.

“Untuk semua anak-anak yang ambil keputusan #UPSR hari ini (semalam), tahniah!

“Tak kira apa keputu- san anda, jangan lupa ucap terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang banyak membantu,” katanya dalam catatan di laman Twitter dan Facebook.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin semasa membentang­kan Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah ( PPSR) buat pertama ka- linya semalam berkata seramai 8,958 calon UPSR atau 2.1 peratus daripada keseluruha­n 443,794 calon mendapat semua A, meningkat berbanding 4,896 calon pada 2016.

Katanya pencapaian murid tahun enam pada 2017 secara keseluruha­nnya baik tetapi masih ada ruang untuk penambahba­ikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia