Utusan Borneo (Sarawak)

Ekoran tindakan mereka yang dianggap mencemarka­n kesucian dewan

-

KOTA BHARU: Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan semalam mendesak agar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan timbalanny­a supaya meletak jawatan dengan segera ekoran tindakan mereka yang dianggap mencemarka­n kesucian dewan.

Ketuanya, Mohd Azam Ismail berkata tindakan Speaker, Datuk Abdullah Ya’kub yang tidak membenarka­n Ketua Pembangkan­g yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah membahaska­n Bajet 2018 serta menghalaun­ya keluar dewan kelmarin, sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Selain itu, tindakan Timbalan Speaker, Abdul Latiff Abdul Rahman dianggap keji dan menghina Nozula apabila mengeluark­an kenyataan ADUN Paloh itu sekadar

Tindakan itu adalah satu penghinaan kepada rakyat Kelantan yang telah memilih wakil mereka bagi menyuaraka­n masalah rakyat di dalam dewan.

‘berlakon air mata’ sedangkan seluruh rakyat tahu beliau masih dalam keadaan uzur akibat serangan angin ahmar.

“Tindakan itu adalah satu penghinaan kepada rakyat Kelantan yang telah memilih wakil mereka bagi menyuaraka­n masalah rakyat di dalam dewan.

“Tindakan Speaker juga menghina Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan yang mengiktira­f hak- hak ahli Yang Berhormat untuk bersuara,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n memorandum berkenaan kepada Setiausaha DUN, Nik Khairul Anuar Nik Yusof di pintu masuk Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Memorandum itu diserahkan kira- kira jam 11.30 pagi dengan kehadiran lebih 50 anggota Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan.

Mohd Azam berkata tindakan menghalang perbahasan dan menghalau Nozula keluar dari dewan itu dianggap sesuatu yang tidak sopan terhadap seorang wakil rakyat yang paling lama berkhidmat untuk rakyat di negeri ini.

“Kami menganggap tindakan seumpama itu telah membawa sejarah hitam dalam demokrasi negara dan perbuatan yang tidak bertamadun.

“Dengan itu, kami daripada Pergerakan Pemuda UMNO menyelar sekeras-kerasnya tindakan itu dan mahu keduadua yang terlibat meletakkan jawatan dengan segera,” katanya.

Kelmarin, Nozula diarah keluar dewan oleh Speaker berikutan keengganan­nya duduk setelah diarahkan tidak mengganggu penggulung­an oleh Exco Kerajaan Negeri.

Persidanga­n DUN Kelantan yang bermula Isnin lepas berakhir kelmarin. — Bernama

Mohd Azam Ismail Ketua Pemuda UMNO Kelantan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia