Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan ke atas Roma buka kembali peluang Atletico buru slot ke pusingan kedua Liga Juara-Juara

-

MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid mengekalka­n peluang tipis untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Liga JuaraJuara ketika penyerangn­ya, Antoine Griezmann menamatkan kemarau gol dalam lapan perlawanan dengan satu tendangan akrobatik untuk membantu menewaskan AS Roma 2-0 Rabu lepas.

Kevin Gameiro menambah jaringan lima minit sebelum tamat permainan buat Atletico, yang masih perlu mengharapk­an Roma tercicir mata apabila menentang Qarabag pada perlawanan terakhir dan perlu menewaskan Chelsea, yang sudah mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua, pada perlawanan di Stamford Bridge pada 5 Disember depan untuk melangkah ke pusingan kedua.

“Kami akan mencuba sehingga ke akhirnya. Kami tahu ia adalah sangat penting untuk menang hari ini (Rabu) dan sekarang ng kita akan lihat apa yang ang akan berlaku,” kata Griezmann n ketika memberitae­ritahu BeIN Sports ports Sepanyol.

B a g a i ma m a n a - pun, kelegaan gaan di sekitar Stadium tadium Wanda Metropolit­ano ialah sekurangku­rangn y a Atletico menamatkan an lima perlawanan tanpa menang di gelanggang baharu mereka.

“Masih ada satu lagi perlawanan dan sehingga ia berakhir, kami harus berfikiran positif,” kata ju- rulatih Atletico, Diego S Simeone. Dua k kali ke final dari emp empat musim terakhir, peluang t i p i s Atletico ke pus i n g a n kedua k kelihatan terjejas j j sebelum perlawanan selepas Chelsea menewaskan Qarabag 4-0 di Baku pada perlawanan awal dan mengesahka­n tempat juara Liga Perdana Inggeris itu ke pusingan kedua.

Chelsea, dengan 10 mata, juga berpeluang menamatkan saingan pusingan pertama selaku juara, dengan Roma di tangga kedua (lapan mata) dan Atletico (6).

“Kami tidak lupa siapa lawan kami, mereka pasukan yang mempunyai sejarah dalam pertanding­an ini,” kata jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco.

“Ia satu penghormat­an bermain untuk kelayakan dengan baki satu perlawanan. Kekalahan ini akan membantu kami meningkat dan saya melihat sesuatu yang saya suka walaupun tewas.”

Walaupun stadium tidak penuh, mereka yang hadir menunjukka­n sokongan kepada Griezmann, yang dikritik kerana gagal menjaringk­an gol dari lapan perlawanan terakhir, selain diejek oleh segelintir penyokong selepas seri tanpa jaringan dengan kelab jiran, Real Madrid dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

“Saya fikir malam ini bermula baik dengan sokongan padu dari penyokong,” tambah Simeone.

“Kami bangkit dari tenaga positif itu dan sekali lagi mendapati Antoine adalah seorang pemain istimewa dan beliau kembali bermain dengan hebat.”

Seperti kebanyakka­n musim ini, Atletico kurang inspirasi sebelum rehat walaupun menjaringk­an gol pembukaan dengan tuah masih tidak memihak kepada mereka.

Rembatan Augusto Fernandez melambung melepasi pintu gol empat minit sebelum rehat.

Simeone mengubah taktik dalam separuh masa kedua dengan mengeluark­an Fernandez dan memasukkan Angel Correa.

Bagaimanap­un, mereka hampir menghadiah­kan gol penyamaan apabila rembatan perancang Roma, Radja Nainggolan gagal ditepis kemas oleh penjaga gol Jan Oblak tetapi beliau sempat menangkap bola muntah sebelum melepasi garisan pintu gol.

Kehadiran Correa mendapat ganjaran apabila beliau mengumpan bola kepada Griezmann, yang melakukan tendangan akrobatik untuk gol pembukaan.

Tugas Atletico semakin mudah tujuh minit sebelum tamat permainan apabila Bruno Peres diperintah meninggalk­an padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan dan dua minit kemudian Gameiro menamatkan sebarang kebangkita­n Roma dengan gol kedua. — AFP

 ??  ?? BIELSA
BIELSA
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GERAKAN GERAKA PEMUSNAH: Griezmann (kiri) melakukan tendangan akrobatik sebelum menjaringk­an gol pertama Atletico pada pe perlawanan di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Rabu lepas.
— Gambar AFP GERAKAN GERAKA PEMUSNAH: Griezmann (kiri) melakukan tendangan akrobatik sebelum menjaringk­an gol pertama Atletico pada pe perlawanan di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Rabu lepas.
 ??  ?? BERIZZO
BERIZZO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia