Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas disahkan menghidap barah prostat, Berizzo tetap akan terus bimbing Sevilla

-

SEVILLE, Sepanyol: Bola sepak Sepanyol memberikan sokongan kepada jurulatih Sevilla yang berasal dari Argentina, Eduardo Berizzo selepas kelab mengesahka­n beliau dikesan dengan barah prostat sehari selepas pasukannya bangkit dari ketinggala­n 0-3 sebelum mengikat Liverpool 3-3 dalam aksi Liga Juara-Juara.

“Pasukan perubatan Sevilla FC boleh mengesahka­n bahawa jurulatih skuad senior, Eduardo Berizzo, dikesan dengan barah prostat,” kata Sevilla dalam satu kenyataan.

Berizzo, 48, menyelia sesi latihan Rabu lepas di Stadium Sanchez Pizjuan Rabu lepas dan Presiden Sevilla, Jose Castro menegaskan Berizzo akan terus membimbing kelab selagi beliau tidak menjejaska­n sesi rawatannya.

“Berizzo seorang yang kuat dan akan terus bertugas ketika kami menunggu rawatan,” kata Castro.

“Ia adalah perkara peribadi dan kami mahu menjelaska­n bahawa beliau adalah jurulatih kami.

“Kami akan menyokong beliau kerana kami pasti masalah beliau akan dapat diselesaik­an.”

Berizzo berada pada musim pertamanya sebagai jurulatih Sevilla selepas tiga musim berjaya di Celta Vigo.

Beliau tidak membuat sebarang kenyataan mengenai keadaan kesihatann­ya apabila bercakap kepada media tetapi berita pengesahan penyakit beliau kedengaran beberapa jam selepas pasukannya bangkit bergaya untuk mengikat Liverpool, dengan beberapa pemain Sevilla memuji katakata semangat Berizzo pada masa rehat.

Sevilla berada di tangga kelima La Liga Sepanyol dan memerlukan hanya satu mata pada perlawanan terakhir menentang Maribor untuk mengesahka­n tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia