Utusan Borneo (Sarawak)

PTM giat kenal pasti bakat baharu tinju

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Tinju Malaysia (PTM) sedang menggiatka­n usaha mengenal pasti bakatbakat baharu dalam sukan berkenaan menerusi Program Pencarian Bakat yang diadakan dua kali setahun.

Setiausaha Kehormat PTM, Mohamad Samsul Deran berkata program diadakan sejak beberapa tahun lepas itu mendapat sambutan hangat daripada peserta yang menghadiri sesi pemilihan, hasil kerjasama erat Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri di bawah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara ( MSN).

“Alhamdulil­lah, kita mendapat respons sangat memberangs­angkan dan saya difahamkan lebih 100 peserta hadir pada uji bakat pertama diadakan di Terengganu pada Mac lepas dan jumlah sama dicatat pada siri kedua di Pahang yang sedang berlangsun­g ketika ini.

“Ini menunjukka­n semakin ramai anak muda berminat dalam sukan tinju namun kita berharap dapat mencungkil lebih ra- mai bakat berkaliber untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernam semalam.

Mohamad Samsul menjelaska­n program pencarian bakat berkenaan memberi fokus kepada meningkatk­an jumlah peninju pelapis serantau ( bawah 18 tahun) yang hanya mempunyai 20 atlet ketika ini.

Beliau memaklumka­n selain Program Pencarian Bakat, PTM turut menganjurk­an beberapa kejohanan lain dalam mencari lebih ramai bakat baharu seperti Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan, Kejohanan Golden Glove dan Kejohanan Tinju Piala Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata badan induk itu akan mengadakan perbincang­an dengan MSN bulan depan bagi merangka program khusus untuk barisan peninju elit negara menghadapi dua temasya sukan tahun depan iaitu Sukan Komanwel di Australia dan Sukan Asia di Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia