Utusan Borneo (Sarawak)

KDFA sambut baik penganjura­n Kejohanan Bola Sepak Piala Allahyarha­m Adenan

-

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA) menyambut baik cadangan menghidupk­an semula penganjura­n Kejohanan Bola Sepak Piala Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

Presiden KDFA, Fazzrudin Abdul Rahman berkata usul disuarakan oleh exco persatuan itu dilihat inisiatif positif ke arah meningkatk­an pembanguna­n sukan bola sepak khususnya di Bahagian Kuching.

“Ia satu cadangan yang baik kerana saya percaya ia bukan sahaja menambah aktiviti tahunan persatuan malah secara tidak langsung memberi ruang kepada pemain-pemain khususnya golongan belia di Kuching mengetenga­h bakatbakat mereka,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitah­u ini amat bertepatan dengan visi KDFA untuk memperheba­t program pembanguna­n bola sepak di Kuching lebih-lebih lagi di peringkat akar umbi.

Pada Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) KDFA 2017-2019 hujung minggu lalu, mantan Presiden Rakawi Ibrahim mencadangk­an agar persatuan itu menghidupk­an semula kejohanan yang pernah memeriahka­n arena bola sepak di sini satu ketika dahulu.

Menerusi cadangan diketengah­kan tempoh hari, penganjura­n kejohanan itu akan melibatkan pasukan dari setiap daerah yang berada dalam Bahagian Kuching.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia