Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Bola Sepak Terbuka MuFA, Felcra pada 9 Disember

-

MUKAH: Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala Veteran Persatuan Bola Sepak Mukah (MuFA) dan Felcra Berhad (Felcra) bakal kembali lagi pada 9 Disember ini.

Menurut laman sosial Facebook rasmi MuFa, kejohanan bakal bermula pada 9 Disember ini dan perlawanan diadakan pada Sabtu dan Ahad sahaja dan mengikut format liga berkumpula­n.

Untuk syarat pertanding­an, pemain-pemain hendaklah berumur 40 tahun ke atas dan lahir pada 1977 dan ke bawah pada tarikh pertanding­an diadakan.

Setiap pasukan hendaklah menyenarai­kan lima pemain berumur 40 hingga 45 tahun manakala enam pemain berumur 46 tahun ke atas untuk pasukan kesebelasa­n utama.

Bagaimanap­un, keloggaran syarat diberikan untuk pasukan yang menyenarai­kan lebih ramai pemain berumur 46 tahun ke atas.

Pasukan juga dinasihatk­an menyenarai­kan minimum 18 orang pemain dan maksimum 22 pemain ketika pendaftara­n.

Tempoh perlawanan adalah 80 minit dan tempoh rehat dibenarkan oleh penganjur adalah 10 minit sahaja.

Yuran pendaftara­n untuk sepasukan adalah RM800 dan untuk pertanyaan lanjut mengenai pertanding­an dan borang penyertaan boleh hubungi Herman Bong (0138329962), Khalid Zaini (0145770033) dan Hafizzul Abdul Halim (014-5992567).

Tarikh tutup penyertaan pada 1 Disember manakala undian pada 4 Disember ini.

 ??  ?? LATIHAN: (Barisan belakang, dari lima kiri) Sakrunatha­n, Sivasubram­aniam dan jurulatih lain bersama peserta kem latihan di Stadium Hoki Sarawak.
LATIHAN: (Barisan belakang, dari lima kiri) Sakrunatha­n, Sivasubram­aniam dan jurulatih lain bersama peserta kem latihan di Stadium Hoki Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia