Utusan Borneo (Sarawak)

Kim Swee dapatkan khidmat pemain B-19 Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Empat tonggak skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara antara 30 pemain yang disenaraik­an Ketua Jurulatih Skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee bagi mengikuti kem latihan pusat sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di China Januari depan.

Empat pemain itu ialah Nik Akif Syahiran Nik Mat dari Kelantan, K. Thivandara­n (Pulau Pinang), Shivan Pillay Asokan (PKNS FC) dan Hadi Fayyadh Abdul Razak (Johor Darul Ta’zim II) yang berjaya membantu skuad B-19 kendalian Bojan Hodak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 2018.

Kim Swee turut menyenarai­kan semula empat pemain yang digugurkan dalam skuad Projek Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu iaitu penjaga gol Amierul Hakimi Awang ( Terengganu), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan).

Turut tersenarai, empat lagi pemain yang pernah dipanggil untuk beberapa kem latihan pusat sebelum ini iaitu penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Dominic Tan (JDT), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia