Utusan Borneo (Sarawak)

Rombongan Tabika KEMAS Lakil C dan D kagum ketangkasa­n AFRS Limbang

-

TINDAKAN cepat, tangkas dan efisien yang ditunjukka­n anggota Perkhidmat­an Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS), Limbang ketika bertugas menarik minat lebih 20 ahli rombongan yang terdiri daripada kanak-kanak, guru dan ibu bapa dari Tabika KEMAS Lakil C dan D ketika mengadakan lawatan, baru-baru ini.

Pengetahua­n, kemahiran serta peralatan keselamata­n terkini yang dimiliki anggota AFRS Limbang memberi pengetahua­n dan pengalaman manis kepada kanak-kanak untuk mengenali lebih dekat tugas ‘abang-abang’ AFRS.

Ketua Operasi John Ali berkata, AFRS sentiasa bertindak mengikut prosedur menyelamat dan standard yang ditetapkan, jelas dan praktikal, sekali gus memudahkan AFRS menjalanka­n tugas ketika menghadapi sebarang kemalangan melibatkan pesawat di lapangan terbang.

Sementara itu, ketua rombongan yang juga Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Lakil C Siti Ardila Pedi berkata, lawatan sambil belajar diadakan setiap tahun untuk memberi pengalaman baharu kepada kanakkanak.

“Usia muda bukan penghalang untuk mereka mendapatka­n pengetahua­n dan pendedahan seperti kata pepatah meluntur buluh biar dari rebungnya,” katanya pada lawatan itu, baru-baru ini.

Turut sama ialah Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Lakil D Suradiah Bungsu.

Pada lawatan itu kanakkanak turut mencuba dan menggunaka­n peralatan bomba, jentera selain melihat sendiri kawasan AFRS Limbang dan kawasan Lapangan Terbang Limbang.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertanding­an melukis kategori ibu bapa dan mewarna kanakkanak, demonstras­i menggunaka­n alat pemadam api, taklimat dan lain-lain lagi.

 ??  ?? RAPAT HUBUNGAN: daripada Ardila. John (dua kiri) menerima cenderamat­a
RAPAT HUBUNGAN: daripada Ardila. John (dua kiri) menerima cenderamat­a
 ??  ?? TERIMA KASIH: Ardila menyerahka­n cenderamat­a kepada pegawai polis Lapangan Terbang Limbang disaksikan Suradiah (kiri).
TERIMA KASIH: Ardila menyerahka­n cenderamat­a kepada pegawai polis Lapangan Terbang Limbang disaksikan Suradiah (kiri).
 ??  ?? BELAJAR: John (kanan) menunjukka­n cara-cara memakai pakaian keselamata­n kepada kanak-kanak.
BELAJAR: John (kanan) menunjukka­n cara-cara memakai pakaian keselamata­n kepada kanak-kanak.
 ??  ?? LAWATAN: Ardila (kiri) bersama rombongan ketika berada di Lapangan Terbang Limbang.
LAWATAN: Ardila (kiri) bersama rombongan ketika berada di Lapangan Terbang Limbang.
 ??  ?? BERBAKAT: Kanak-kanak menyertai pertanding­an mewarna.
BERBAKAT: Kanak-kanak menyertai pertanding­an mewarna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia