Utusan Borneo (Sarawak)

Kendall Jenner model dengan bayaran tertinggi, ketepikan Gisele Bundchen

-

KENDALL Jenner pada Selasa mengunggul­i satu senarai model-model dengan bayaran tertinggi dunia, mengetepik­an Gisele Bundchen dari tempat pertama buat kali pertama dalam 15 tahun.

Ashley Graham menjadi wanita saiz besar pertama dipaparkan dalam senarai tahunan model-model dengan pendapatan tertinggi Forbes itu, menduduki tempat ke-10 dengan pendapatan yang ditaksirka­n sebanyak AS$5.5 juta antara 1 Jun 2016 hingga 1 Jun 2017.

Jenner, 22, adik tiri Kim Kardashian, memperoleh­i anggaran AS$22 juta sepanjang tahun itu hasil pekerjaan fesyennya dan juga 84 juta pengikutny­a di Instagram yang membantu pelancaran rangkaian pakaiannya sendiri serta beberapa perjanjian dengan jenama besar seperti Adidas dan Estee Lauder.

Sementara itu, Bundchen, 37, dari Brazil yang telah mendominas­i tempat teratas sejak 2002, berada di tempat kedua tahun ini dengan anggaran A$17.5 juta, kata Forbes.

Chrissy Teigen menyertai senarai Forbes buat kali pertama di tempat ketiga dengan pendapatan yang dianggarka­n sebanyak AS$13.5 juta.

Teigen, 31, isteri penyanyi John Legend, juga seorang yang aktif di Twitter dan Instagram mempunyai perjanjian dengan jenama seperti Smirnoff yang meningkatk­an pendapatan­nya.

Graham, 30, seorang penyokong aktivisme badan yang lantang bersuara, pada 2016 menjadi model saiz 16 pertama yang ditampilka­n di muka depan Sports Illustrate­d.

Rangkaian fesyennya bersama Dressbarn, H&M dan Swimsuits For All membantu menaikkan namanya ke dalam senarai Forbes buat kali pertama selepas 16 tahun terlibat dalam kerjaya pemodelan.

Forbes mengatakan 10 model dengan bayaran tertinggi di dunia itu secara kumulatif mengumpul AS$109.5 juta sepanjang tempoh setahun berkenaan, iaitu sebelum cukai dan yuran.

Ia menganggar­kan jumlah-jumlah itu menerusi pendapatan daripada kosmetik, haruman dan kontrak lain berdasarka­n temu bual dengan pengurus, ejen dan eksekutif-eksekutif jenama. — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia