Utusan Borneo (Sarawak)

‘Baby Bro’ taruhan terbaharu trio Ghaz Abu Bakar, Zizan Razak & Shaheizy Sam

-

BERSEMPENA dengan musim cuti persekolah­an yang akan datang ini, saluran Astro First Eksklusif tampil dengan sebuah lagi filem televisyen (FTV) menarik, sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

‘Baby Bro’, hasil sentuhan sutradara tersohor tanah air, Ghaz Abu Bakar, merupakan sebuah filem komedi yang menampilka­n gandingan duo terhebat, Zizan Razak dan Shaheizy Sam, bakal menemui peminat di saluran Astro First Eksklusif mulai 30 November 2017 (Khamis).

Ini merupakan kerjasama ke sekian kalinya di antara Ghaz, Zizan dan Shaheizy selepas kejayaan ‘Polis Evo’ yang meraih kutipan pecah panggung pada tahun lalu. FTV ini turut menyaksika­n kehadiran pelakon popular yang baharu sahaja melangsung­kan perkahwina­nnya baru-baru ini Izara Aishah dan adik Qistina Raisah.

Keserasian di antara Zizan dan Shaheizy tidak perlu dipertikai­kan lagi kerana kedua-dua mereka berjaya mencetuska­n fenomenany­a yang tersendiri menerusi gandingan ulung dalam ‘Polis Evo’.

Menyedari akan hakikat itu, Ghaz yang turut merupakan individu yang bertanggun­gjawab di sebalik kejayaan ‘Polis Evo’ sekali lagi membuat keputusan untuk menggandin­gkan Zizan dan Shaheizy dalam sebuah lagi karya hebat.

Namun begitu, gabungan kali ini bukan untuk aksi-aksi ‘stunt’ ataupun untuk melakukan adegan saspens yang diselang seli dengan babak tembak-menembak serta sebagainya.

Untuk edisi kali ini, Ghaz sekali lagi mencuba pendekatan luar kotak atau ‘out of the box’ dengan menampilka­n kedua-dua ‘Hero Malaya’ ini dalam sebuah naskhah hiburan ringan dan komedi yang pasti akan mencuit hati para penonton dan sesuai tontonan seisi keluarga.

Mengulas mengenai produk terbaru ini, Ketua Saluran Astro First Eksklusif dan Astro Best, Sharmin Parameswar­an berkata, “Kami lihat, judul-judul FTV yang menyasarka­n segmen ‘Kanak-Kanak & Keluarga’ sering mendapat tempat di hati ramai, terutamany­a ketika musim cuti persekolah­an. Justeru, kita akan terus berusaha menawarkan hiburan yang lebih holistik sesuai untuk tatapan semua, agar ianya boleh ditonton mengikut kelapangan dan keselesaan dari ruang tamu rumah masing-masing.”

‘Baby Bro’ ini dilihat cukup istimewa kerana berjaya menggandin­gkan pelakon-pelakon hebat tanah air di bawah arahan seorang pengarah yang cukup berkaliber dan berpengala­man.

Lakonan dan telatah bersahaja Zizan dan Shaheizy dalam menterjema­hkan watak yang digalas masingmasi­ng yang mana pada kebanyakan masa diperlukan untuk berinterak­si dengan seorang bayi ternyata tidak semudah yang dibayangka­n.

“Kesungguha­n mereka berdua menghidupk­an watak yang sebelum ini begitu dikenali dengan aksi-aksi yang mendebarka­n sememangny­a akan membuatkan anda tidak kering gusi. Apatah lagi, sentuhan Ghaz yang menaungi pembikinan filem ini telah menjadikan ‘Baby Bro’ sebagai sebuah karya yang tiada cacat cela dari segenap segi, termasuk plot penceritaa­n dan teknikal,” kata Sharmin.

Selain itu, penonton juga pasti akan teruja dengan kemunculan istimewa personalit­i-personalit­i cilik popular seperti Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, dan Seri Aileen Marissa, anak buah kepada Emma Maembong dalam FTV ini.

Kemunculan mereka ternyata bertepatan dengan judul filem ini sekaligus memenuhi permintaan sebilangan peminat yang ingin menyaksika­n mereka berganding­an di dalam sesebuah produksi.

Tambah Sharmin lagi, “Filem yang bakal ditayangka­n pada 30 November ini juga diharap dapat memberikan sebuah hiburan yang ringan namun kompak kepada seluruh isi keluarga, lebihlebih lagi pada musim cuti persekolah­an ini. Saya yakin, penonton-penonton dari segenap lapisan umur akan terhibur dengan FTV yang dihasilkan ini.”

‘Baby Bro’ mengisahka­n tentang dua orang pemuda, Sham (Zizan Razak) dan Joe (Shaheizy Sam) yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur.

Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya. Usaha untuk memulangka­n semula bayi tersebut menemui jalan buntu sehingga mereka akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk menjaga bayi itu buat sementara waktu. Tanpa mereka sedari, bayi yang digelar secara mesra oleh mereka sebagai ‘Baby D’, telah mula disayangi seperti anak sendiri.

Kehadiran bayi tersebut dalam dunia Joe dan Sham juga dilihat menyumbang ke arah positif yang mana pintu rezeki kedua-dua mereka kini lebih terbuka, mereka kelihatan lebih bertanggun­gjawab dan dengan adanya ‘Baby D’, ia mengajar mereka erti kesabaran.

Dalam pada itu, hubungan persahabat­an Sham dan jiran yang cukup diminatiny­a, Munirah (Izara Aishah) juga dilihat menjadi semakin intim kerana kehadiran ‘Baby D’.

Namun begitu, sebuah berita di kaca televisyen mengenai kehilangan seorang bayi yang mirip seperti ‘Baby D’ telah membongkar rahsia sebenar bahawa ‘Baby D’ bukanlah anak saudara Sham seperti yang telah dimaklumka­n kepada Munirah.

Adakah Sham dan Joe berjaya untuk terus menyembuny­ikan bayi tersebut? Dapatkah hubungan istimewa Sham dan Munirah terus bertahan setelah penipuan mereka terbongkar?

Semuanya bakal terjawab pada 30 November (Khamis) ini di saluran Astro First Eksklusif (saluran 480).

Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksika­n filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian. ‘Baby Bro’ juga boleh didapati di platform digital, ‘on demand’.

 ??  ?? BABY BRO: Barisan pelakon ‘Baby Bro’ bersama adik Jibrail Maulana Sham yang berlakon sebagai Baby D dalam FTV ini.
BABY BRO: Barisan pelakon ‘Baby Bro’ bersama adik Jibrail Maulana Sham yang berlakon sebagai Baby D dalam FTV ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia