Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Singapura berkembang 5.2 peratus pada Q3 2017

-

SINGAPURA: Ekonomi Singapura meningkat 5.2 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku ketiga, lebih cepat berbanding pertumbuha­n 2.9 peratus pada suku sebelumnya.

Dalam satu kenyataan di sini, Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri (MTI) republik itu berkata ekonomi Singapura dijangka berkembang 3.0 hingga 3.5 peratus pada 2017 dan 1.5 hingga 3.5 peratus pada 2018.

Pada suku itu, MTI berkata sektor perkilanga­n meningkat 18.4 peratus, lebih cepat berbanding pertumbuha­n 8.4 peratus pada suku sebelumnya.

Semua kelompok dalam sektor perkilanga­n berkembang, kecuali kluster kejurutera­an pengangkut­an, yang terus mencatatka­n penurunan keluaran disebabkan kelemahan berterusan dalam segmen kejurutera­an marin dan luar pesisir, katanya.

Sektor pembinaan menguncup 7.6 peratus tahun ke tahun, meneruskan penurunan 9.1 peratus pada suku sebelumnya, disebabkan oleh aktiviti pembinaan yang lemah dalam sektor swasta dan awam.

Sektor perdaganga­n borong dan runcit meningkat 2.2 pera- tus berbanding pertumbuha­n 2.1 peratus pada suku kedua, manakala sektor pengangkut­an dan penyimpana­n meningkat pada kadar 4.6 peratus berbanding peningkata­n 3.4 peratus pada suku kedua.

Sektor penginapan dan perkhidmat­an makanan menyusut 2.1 peratus, meneruskan penurunan 2.0 peratus pada suku sebelumnya, dengan pertumbuha­n dalam sektor maklumat dan komunikasi mencatat peningkata­n 4.9 peratus berbanding 1.5 peratus pada suku sebelumnya.

Sektor kewangan dan insurans pula meningkat 5.9 peratus berbanding pertumbuha­n 4.2 peratus pada suku kedua, manakala sektor perkhidmat­an perniagaan mencatatka­n pertumbuha­n 1.4 peratus, menyamai peningkata­n 1.3 peratus pada suku kedua.

Industri perkhidmat­an yang lain berkembang 2.0 peratus, menyederha­na daripada pertumbuha­n 3.2 peratus pada suku sebelumnya.

Pertumbuha­n, sebahagian besarnya disokong oleh segmen pendidikan, kesihatan dan perkhidmat­an sosial serta seni, hiburan dan rekreasi.

Bagi sepanjang tahun ini, MTI berkata pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura dijangka sederhana, namun kekal teguh.

Secara khususnya, sektor berorienta­sikan luaran dijangka terus berkembang, walaupun pada kadar yang lebih sederhana, dan menyokong pertumbuha­n untuk sepanjang tahun ini, katanya.

Sektor berorienta­si domestik seperti kesihatan, pendidikan dan perkhidmat­an sosial, juga dijangkaka­n kekal berdaya tahan.

Bagi 2018, MTI berkata kadar pertumbuha­n ekonomi Singapura dijangka sederhana berbanding 2017, namun kekal teguh.

Sektor perkilanga­n dijangka terus berkembang dan memberi sokongan kepada pertumbuha­n KDNK secara keseluruha­nnya.

Secara khususnya, kluster kejurutera­an elektronik dan ketepatan dijangka menyaksika­n pengembang­an mampan hasil daripada kedudukan permintaan yang sihat dalam pasaran peralatan semikonduk­tor dan semikonduk­tor dunia, walaupun kadar pengembang­annya mungkin berkuranga­n pada 2018 ekoran kesan asas yang kurang baik, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia