Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam 14 bulan

-

KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat prestasi amat memberangs­angkan kelmarin dengan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan, berikutan asas-asas mata wang yang positif serta prospek ekonomi 2018 yang cerah, di samping kemerosota­n dolar AS, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat untuk ditutup pada 4.1100/1130, menambah 160 mata asas, paras yang kali terakhir dicatat pada 23 September 2016.

Ketua Perdaganga­n Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes memberitah­u Ber- nama, ringgit terus meningkat ketika pasaran kekal bulis selepas keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku ketiga melonjak 6.2 peratus.

“Kenaikan kadar dasar semalaman pada Januari 2018 dijangka pasti berlaku.

“KDNK suku ketiga yang cergas membayangk­an kenaikan kadar tambahan pada 2018,” kata Innes.

Sementara itu, Penganalis­is FXTM Research, Lukman Otunuga bekat,a dolar AS merosot berbanding mata wang utama lain selepas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutua­n (Fed) AS, Janet Yellen mengukuhka­n jangkaan pasaran yang Rizab Perseukuta­n akan menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur.

Yellen memberi amaran yang tindakan menaikkan kadar faedah terlalu cepat boleh menghalang usaha Fed mengurangk­an inflasi.

Penganalis­is itu juga berkata, pelabur masih menunggu pengeluara­n minit mesyuarat Fed yang lalu, yang boleh memberi petunjuk mengenai prospek dasar kewangan bank pusat serta arah dolar AS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia