Utusan Borneo (Sarawak)

1,100 pendatang diselamat dari laut dalam sehari: Itali

-

ROM: Kira-kira 1,100 pendatang dari pantai Libya telah diselamatk­an dari laut kelmarin, termasuk seorang wanita yang melahirkan anak di dalam sebuah bot getah, menurut pihak pemerhati dan pengawal pantai Itali.

Mereka telah diselamatk­an dari 10 bot getah dan sebuah bot kayu kecil dalam satu operasi menyelamat yang melibatkan sebuah kapal pengawal pantai, sebuah kapal Tentera Laut Itali dan NGO.

Pihak Mission Lifeline NGO menyatakan dalam satu kenyataan Twitter bahawa wanita tersebut melahirkan anak di dalam sebuah bot getah.

Kira-kira 114,600 orang mendarat di Itali pada tahun ini sahaja, satu jumlah yang menurun 32 peratus tahun demi tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia