Utusan Borneo (Sarawak)

Kru kapal pukat tunda karam di Laut Pasifik ditemui selamat

-

KOROR: Kru di dalam sebuah kapal pukat tunda Jepun yang karam di perairan terpencil Pasifik telah dikesan dalam keadaan baik dan selamat di Filipina, pihak Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata semalam.

Kapal Gyotoku Maru No. 1 yang ditinggalk­an telah ditemui hanyut 350 kilometer barat daya Palau pada Isnin selepas ia menghantar pesanan SOS.

Dengan tiada maklumat mengenai nasib tujuh orang krunya – lima rakyat Indonesia dan dua dari Jepun – satu usaha pencarian antarabang­sa telah dilancarka­n.

Pihak pengawal pan- tai berkata kapal pukat tunda itu telah bertembung dengan sebuah kapal nelayan lain, yang kemudian menyelamat­kan kelasi yang terlibat dan membawa mereka ke Filipina.

“Kami berasa sangat lega kerana mereka berada dalam keadaan selamat dan telah pulang ke darat,” kata penyelaras pencarian Leftenan Komander Josh Empen.

Empen mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam pencarian, yang termasuk beberapa kapal dari Jepun dan Palau, termasuk beberapa kapal dan pesawat AS yang berpangkal­an di Guam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia