Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal Venezuela karam di Colombia, tiga mayat ditemui

-

BOGOTA: Tiga mayat telah ditemui kelmarin di Colombia selepas sebuah kapal yang belayar dari Venezuela karam di Sungai Orinoco, dengan tujuh orang masih hilang, menurut pihak berkuasa.

Sebuah unit tentera laut Colombia telah mengesan mayat dua lelaki dan seorang wanita Venezuela yang identiti mereka masih belum disahkan.

Bot itu karam dengan 18 orang di dalamnya disebabkan oleh paras air yang naik dengan cepat akibat hujan lebat, dan ketika sebuah bot lain datang untuk menyelamat, menurut seorang jurucakap pertahanan awam.

Lapan orang telah diselamatk­an pada Selasa lepas.

Variasi bermusim bagi paras sungai selalunya ketara dan ia bukan luar biasa untuk naik tinggi bagi bot-bot kecil. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia