Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaki AS maut di puncak tertinggi Mexico

-

PUEBLA: Seorang pendaki gunung warga Amerika Syarikat (AS) maut ketika mendaki puncak tertinggi di Mexico – gunung berapi Citlaltepe­tl yang tidak aktif – dengan keadaan cuaca buruk telah menjejaska­n usaha untuk menemui mayatnya, menurut sumber rasmi kelmarin.

Pendaki yang tidak dikenali itu merupakan sebahagian daripada sekumpulan empat orang mendaki gunung setinggi 5,610-meter terletak di sempadan di antara negeri Puebla dan Veracruz, Ruben Dario Herrera, pengarah bagi Perlindung­an Awam di wilayah Puebla memberitah­u AFP.

“Mereka telah berpecah secara berpasanga­n dan pada beberapa peringkat beliau telah meninggal dunia,” menurut Herrera, sambil menambah pasanganny­a telah turun ke bawah “untuk menghubung­i pihak kedutaan AS dan meminta bantuan.”

Menurut satu laporan polis yang diakses oleh AFP, pasanganny­a – hanya dinamakan sebagai Marck, dari Den- ver, Colorado – menyatakan pendaki itu meninggal dunia selepas mereka “terjatuh di atas satu retakan.”

“Beliau tidak memberi maklumat lanjut mengenai pendaki, namun mengesahka­n beliau meninggalk­an mayat yang “bertanda” dan “selamat” berhampira­n bahagian atas gunung berapi.

Sejak awal pagi, anggota penyelamat gunung telah mencari mayat itu – namun suhu yang rendah dan angin kuat telah mengecewak­an usaha pencarian.

Lebih dikenali sebagai Pico de Orizaba, gunung berapi itu biasanya didaki oleh pendaki profesiona­l dari seluruh dunia, namun turut menarik golongan amatur yang kurang kelengkapa­n.

Pada 2015, gunung itu menjadi terkenal selepas penemuan dua mayat dimumiakan dan tidak dikenali pada ketinggian 5,200 meter – yang tidak ditemui disebabkan oleh lokasi mereka yang tidak selamat – dan yang ketiga sekarang berada di sebuah muzium tempatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia