Utusan Borneo (Sarawak)

Terhempas di Filipina, lapan diselamatk­an di selatan Jepun

Selepas pesawat Tentera Laut AS terhempas di Laut Filipina, tiga masih hilang

-

TOKYO: Anggota penyelamat telah menyelamat­kan lapan orang kelmarin di selatan Jepun selepas sebuah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat ( AS) dengan 11 orang di dalamnya telah terhempas di Laut Filipina, kemalangan terbaharu yang melanda pasukan tentera AS di Asia Timur.

Pasukan tentera Jepun dan AS telah segera pergi ke pesawat “Greyhound” C2-A yang terhempas di kawasan perairan di luar kawasan terumbu karang Okinotori di Jepun yang tidak didiami manusia.

Pihak Tentera Laut AS menyatakan kakitangan yang diselamatk­an telah dipindahka­n ke USS Ronald Reagan bagi pemeriksaa­n perubatan dan berada dalam keadaan baik.

“Usaha mencari dan menyelamat tiga kakitangan lagi diteruskan dengan kapal serta pesawat milik Tentera Laut AS dan Pasukan Pertahanan Diri Awam Jepun berada di tempat kejadian,” menurut pihak Tentera Laut AS dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa insiden akan disiasat.

Presiden AS Donald Trump menyatakan di dalam Twitter: “Pihak Tentera Laut AS sedang melakukan usaha mencari dan menyelamat selepas nahas pesawat. Kami sedang mengawasi situasi. Doa untuk semua yang terlibat.”

Usaha pencarian sedang dilakukan selama kira-kira 12 jam selepas nahas. Pihak berkuasa AS memberitah­u Jepun bahawa masalah enjin disyaki sebaghai punca kemalangan itu.

“Pesawat itu sedang melakukan penerbanga­n pengangkut­an rutin membawa penumpang dan kargo dari Stesen Udara Iwakuni Tentera Marin ke USS Ronald Reagan,” menurut kenyataan tersebut.

Pesawat C2-A adalah sebuah pesawat pembekalan semula bagi syarikat pesawat AS, secara rutinnnya membawa kargo, mel dan orang di dalam kapal yang dikerahkan ke seluruh negara.

Dengan tempat duduk yang menghadap bahagian belakang, pesawat itu dikenali dengan pendaratan pendek dan bergegar serta cepat, pelepasan secara dipelantin­gkan dari atas kapal besar.

Kapal pengangkut pesawat itu berada di Laut Filipina sebagai sebahagian daripada latihan dengan pasukan tentera Jepun.

Di Tokyo, Menteri Pertahanan Itsunori Onodera berkata satu operasi bersama telah dilancarka­n bagi mencari tiga orang yang masih hilang.

“Buat masa sekarang satu misi mencari dan menyelamat sedang dilakukan di kawasan itu oleh pihak AS termasuk dari pihak Jepun,” beliau memberitah­u wartawan.

“Dari pihak tentera AS, kami telah menerima laporan awal bahawa masalah enjin mungkin sebagai puncanya,” jelas beliau.

Ketua Operasi Tentera Laut AS Laksamana John Richardson berkata kakitangan yang diselamatk­an dalam keadaan “baik dan selamat”.

Pihak tentera AS mempunyai kehadiran yang ketara di barat Pasifik, dengan berpuluh ribu anggota dan kelengkapa­n perang bernilai beberapa bilion dolar ditempatka­n di seluruh Jepun dan Korea Selatan.

Namun beberapa bulan ini mereka telah ditempatka­n di Seventh Fleet, yang beribu pejabat di Yokotsuka, berhampira­n Tokyo, dan beberapa kapal tentera AS telah terlibat dalam beberapa kemalangan.

USS John S. McCain telah bertembung dengan sebuah kapal tangki di luar Singapura pada Ogos lepas, mengorbank­an 10 kelasi serta mencederak­an lima yang lain.

Dua bulan sebelumnya pada Jun, kapal USS Fitzgerald dan sebuah kapal kargo bertembung di luar Jepun, menyebabka­n tujuh kelasi terkorban.

Terdapat juga dua lagi kemalangan yang tidak diketahui. Pada Januari kapal USS Antietam telah terkandas berhampira­n pangkalann­ya di Jepun, dan pada Mei, kapal USS Lake Champlain telah bertembung dengan sebuah kapal nelayan Korea Selatan.

Kapal berkuasa nuklear Reagan adalah salah satu daripada 10 kapal pengangkut­an utama kelas Nimitz, yang dikatakan oleh pihak Tentera Laut AS sebagai kapal perang terbesar di dunia. Reagan mempunyai kru seramai 4,225 orang dan sepanjang 333 meter.

Pada minggu lepas ia merupakan salah satu daripada tiga kapal pengangkut pesawat AS yang mengadakan latihan bersama jarang dilakukan di wilayah ini, disertai secara berasingan oleh pihak tentera laut Jepun dan kapal perang Korea Selatan sepanjang hujung minggu.

Latihan itu muncul ketika ketegangan berterusan di antara Washington dan Korea Utara mengenai program nuklear dan misilnya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERLEPAS: Gambar serahan Tentera Laut AS kelmarin menunjukka­n C-2A Greyhound (atas kiri) ditugaskan di Skuadron Sokongan Logistik Armada ( VRC) 30 berlepas dari dek kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan di Laut Filipina. Anggota penyelamat...
— Gambar AFP BERLEPAS: Gambar serahan Tentera Laut AS kelmarin menunjukka­n C-2A Greyhound (atas kiri) ditugaskan di Skuadron Sokongan Logistik Armada ( VRC) 30 berlepas dari dek kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan di Laut Filipina. Anggota penyelamat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia