Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman bebas enam pelarian Syria disyaki sekutu IS

-

BERLIN: Enam pelarian Syria ditangkap di Jerman kerana disyaki menyediaka­n serangan keganasan bagi pihak Negara Islam (IS) telah dibebaskan kelmarin kerana kekurangan bukti, kata pendakwa raya.

Suspek, berusia 20 hingga 28 tahun, telah ditahan semasa serbuan awal pagi Selasa yang melihat 500 anggota polis menyerbu beberapa kediaman di bandar-bandar Kassel, Essen, Hanover dan Leipzig.

Laporan media menyata- kan mereka dipercayai telah menyasarka­n sebuah pasar Krismas.

Namun pendakwa raya umum Frankfurt berkata “bukti tidak mencukupi” bahawa mereka sedang menyediaka­n satu serangan atau mungkin sebarang cara mempunyai kaitan dengan IS, seorang jurucakap memberitah­u AFP.

Enam orang itu yang tiba di Jerman di antara Disember 2014 dan September 2015 ketika kemuncak krisis pelarian yang telah melihat Jerman menerima 1.2 juta pelarian sepanjang dua tahun lepas.

Pihak berkuasa Jerman berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak IS mengakui serangan lori di pasar Krismas Berlin pada Disember lepas yang mengorbank­an 12 nyawa.

Pada awal tahun ini seorang lelaki yang permohonan­nya untuk perlindung­an suaka ditolak oleh Jerman telah menikam sehingga mati seorang di sebuah pasar raya serta mencederak­an enam lagi dalam serangan jihad yang disyaki. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia