Utusan Borneo (Sarawak)

PIALA UTUSAN BORNEO LAKAR SEJARAH

Siri Ke-4 catat penyertaan terbesar 128 pasukan futsal bersaing dua hari di Stadium Futsal Viking

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pertanding­an Futsal Piala Utusan Borneo Siri Ke-4 yang akan disingkap tirainya hari ini dan berakhir esok di Stadium Futsal Viking, Jalan Matang mencatat rekod penyertaan terbesar sejak mula dianjurkan pada 2014.

Ia menyaksika­n sejumlah 128 pasukan dari sekitar Kuching, Samarahan, Serian, Bau, Simunjan dan Sibu berentap selama dua hari dalam tiga kategori yang dipertandi­ngkan.

Mencuri tumpuan kategori Terbuka Lelaki yang mencatat penyertaan terbesar berjumlah 74 pasukan.

Edisi kali ini turut memperliha­tkan kategori baharu diperkenal­kan iaitu Terbuka Wanita.

Ia turut mendapat sambutan menggalakk­an dengan 26 pasukan mengesahka­n penyertaan.

Manakala kategori terakhir, Bawah 12 Tahun Lelaki turut menarik perhatian dengan 28 pasukan bakal berentap.

Kategori Terbuka Lelaki akan bermula hari ini jam 8 pagi hingga ke malam dengan pusingan awal diadakan secara liga berkumpula­n.

Manakala kategori Terbuka Wanita dan Bawah 12 Tahun Lelaki akan bermula esok jam 8 pagi.

Edisi kali ini menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM8,650 termasuk piala, pingat dan sijil.

Juara kategori Terbuka Lelaki akan membawa pu- lang RM2,000, trofi, pingat dan sijil.

Naib johan bakal meraih RM1,500, trofi, pingat dan sijil.

Manakala dua pasukan yang tewas pada separuh akhir masing- masing menerima RM500, pingat dan sijil selaku pemenang tiga bersama.

Untuk kategori Terbuka Wanita, juara akan menggondol RM800, trofi, pingat dan sijil.

Naib johan menerima RM550, trofi, pingat dan sijil dan pemenang tiga bersama bakal menerima RM300, pingat dan sijil.

Bagi kategori Bawah 12 Tahun Lelaki, johan akan meraih RM1,000 beserta trofi, pingat dan sijil.

Naib johan akan menerima RM600, trofi, pingat dan sijil berbanding RM300, pingat dan sijil kepada pemenang tiga bersama.

 ??  ??
 ??  ?? TERUJA: Salah seorang peserta wanita yang menyertai kategori Terbuka Wanita.
TERUJA: Salah seorang peserta wanita yang menyertai kategori Terbuka Wanita.
 ??  ?? RAKAM: Wakil bagi pasukan kategori Terbuka Lelaki merakam gambar jadual perlawanan.
RAKAM: Wakil bagi pasukan kategori Terbuka Lelaki merakam gambar jadual perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia