Utusan Borneo (Sarawak)

Boleh tambah nilai e-Wallet Sarawak Pay hingga RM3,000

KM amat berterima kasih kepada Gabenor BNM, peningkata­n jumlah nilai tambah permudah pembayaran atas talian

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Belum sebulan selepas pelancaran aplikasi Sarawak Pay, kini rakyat negeri ini yang menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan menerusi e-Wallet boleh membuat nilai tambah sehingga RM3,000.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak Pay fasa pertama hanya mempunyai nilai tambah RM200 kini ditingkat jumlah bagi memudahkan pembayaran atas talian.

“Bagi Sarawak Pay, seperti dibincang bersama Gabenor semalam ( kelmarin), saya amat berterima kasih kepada beliau kerana meningkatk­an jumlah nilai tambah daripada RM200 kepada RM3,000.

“Ini bermakna kita boleh menggunaka­n Sarawak Pay melalui telefon pintar yang boleh membayar apa sahaja dengan jumlah RM3,000,” katanya.

Belau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karival Kewangan Sarawak dihadiri Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ismail dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di CityOne di sini, semalam.

Malah kata Abang Johari aplikasi melalui e-Wallet itu juga membolehka­n petani menjana pendapatan menggunaka­n teknologi dalam mempromosi hasil pertanian kepada pelanggan.

Beliau berkata Sarawak Pay akan menjadi satu instrumen baharu dalam pembayaran tanpa tunai kepada rakyat di negeri ini selaras dengan matlamat ke arah ekonomi digital.

“Dunia sekarang merupakan pembayaran atas talian dan itulah kita mahu Sarawak guna pakai meskipun kita mungkin masih di belakang berbanding lain.

“Namun saya berharap rakyat Sarawak menjadi masyarakat tanpa tunai dan digital dalam tempoh sekurang- kurangnya lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berharap penggunaan Sarawak Pay itu tidak terhad kepada Sarawak sahaja tetapi diperluas kerjasama penggunaan­nya di Seme- nanjung Malaysia, Indonesia malahan ke China.

Semasa pelancaran Sarawak Pay pada 15 November 2017 yang disempurna­kan beliau, BNM hanya membenarka­n setiap ‘top-up’ maksimum RM200 bagi e-Wallet Sarawak Pay dan kerajaan negeri memohon kepada BNM untuk memperluas­kan kapasiti baki.

Sarawak Pay mempunyai ciri ‘Scan & Pay’ yang membolehka­n setiap pembayaran menjadi dimulakan dengan mengimbas kod QR pada bil tagihan atau mengimbas kod QR dipaparkan oleh hotel SEDC.

Sementara itu berhubung perkara lain, Abang Johari berkata, bagi Sarawak, kerajaan sangat berhemat dari segi kewangan serta perbelanja­an untuk menguruska­n rizab kewangan dengan baik.

“Dengan pengurusan kewangan yang baik kita berjaya mengekalka­n rizab kewangan sejak kepimpinan terdahulu, dan disebabkan rizab itu kita berjaya menubuhkan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS).

“Pendekatan kita adalah keseimbang­an dan mewujudkan banyak aktiviti bagi mengukuhka­n perkembang­an ekonomi negeri,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyambut baik penganjura­n Karnival Kewangan Sarawak 2017 anjuran BNM bagi mewujudkan kesedaran serta promosi mengenai pengurusan kewangan dan insurans perlindung­an.

Bagi Sarawak Pay, seperti dibincang bersama Gabenor semalam (kelmarin), saya amat berterima kasih kepada beliau kerana meningkatk­an jumlah nilai tambah daripada RM200 kepada RM3,000. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? BERMAKLUMA­T: Abang Johari bersama Muhammad (empat kiri), Dr Sim (tiga kanan) serta yang lain selepas perasmian Karnival Kewangan Sarawak 2017 di CityOne, semalam.
BERMAKLUMA­T: Abang Johari bersama Muhammad (empat kiri), Dr Sim (tiga kanan) serta yang lain selepas perasmian Karnival Kewangan Sarawak 2017 di CityOne, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia