Utusan Borneo (Sarawak)

Perlindung­an Tenang BNM tawar pelan perlindung­an mampu milik

-

KUCHING: Bank Negara Malaysia (BNM) semalam secara rasminya melancarka­n Perlindung­an Tenang, yang menawarkan pelan perlindung­an mampu dimiliki oleh semua.

Perlindung­an Tenang merupakan inisiatif BNM dan pelancaran berkenaan disempurna Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Karnival Kewangan Sarawak 2017 di pusat beli-belah CityOne di sini.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ismail dalam ucapannya berkata, ia bukan sahaja menjadi produk mampu milik malah mudah difahami dan mempunyai proses tuntutan mudah.

“Produk ini direka memenuhi permintaan segmen isi rumah masih belum mempunyai perlindung­an insurans dan Takaful, terutama golongan berpendapa­tan rendah.

“Ia juga disasarkan kepada lebih 8 juta rakyat Malaysia yang bekerja serta 700,000 usahawan mikro, yang akan meningkatk­an jangkauan perlindung­an insurans dan Takaful di kalangan rakyat negara ini,” katanya.

Muhammad berkata, selain itu produk berkenaan akan dipasar secara lebih inovatif dan meluas menerusi pelbagai saluran termasuk telefon bimbit dan internet.

Mengulas lanjut, beliau berkata BNM akan terus memberi tumpuan kepada kewangan inklusif dan dalam hal itu, perhidmata­n kewangan di Sarawak kini telah melebar ke kawasan pedalaman seperti di Telang Usan dan Belaga.

“Usaha yang melibatkan ejen bank akan diteruskan supaya tiada segmen masyarakat tercicir dalam menikmati perkhidmat­an kewangan.

“Rangkaian ejen bank di Sarawak telah meningkat kepada 632 ejen dari 14 ejen pada tahun 2012. Kini perkhidmat­an perbankan asas telah disediakan ke hampir 97 peratus daerah dan telah dapat dinikmati oleh 99 peratus penduduk di negeri ini,” katanya.

Muhammad turut mengumumka­n bagi melebarkan penglibata­n penanggung insurans di Sarawak, bahawa Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) akan menubuhkan cabangnya secara rasmi di Sarawak.

Inisiatif berkenaan dijangka dapat memperluas­kan lagi rangkuman insurans dengan lebih bersepadu, jelas beliau.

Katanya, berkaitan rumah mampu milik, kadar kelulusan pembiayaan untuk pinjaman perumahan di Sarawak adalah antara yang tertinggi, iaitu sebanyak 75.6 peratus dan daripada jumlah itu 72 peratus merupakan pembiayaan pembelian rumah pertama.

“Amat penting semua pihak bekerjasam­a berganding bahu menyelesai­kan isu ini di mana pemaju perumahan boleh membantu dengan menyediaka­n kemudahan kepada pembeli rumah mampu milik.

“Ia seperti menawarkan perkhidmat­an pembayaran deposit rumah, memberikan jaminan kewangan dan menganjurk­an aktiviti penyaluran maklumat tentang lokasi penawaran rumah mampu milik di seluruh negara,” katanya.

BNM katanya, menyokong usaha kerajaan dalam menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah seperti diumumkan dalam Bajet 2018.

“BNM sedang bekerjasam­a dengan Cagamas untuk menyokong usaha mempergiat pembinaan serta penawaran rumah untuk disewa melalui penyediaan suatu model pembiayaan yang inovatif unruk penyewa dan pemaju,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia