Utusan Borneo (Sarawak)

Ia antara perkara dipersetuj­ui pada perbincang­an dengan pelbagai agensi penguatkua­saan di Limbang: Fatimah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Individu dari luar Sarawak yang mempunyai rekod jenayah dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 antara yang akan disekat daripada memasuki negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perkara ini telah dipersetuj­ui oleh kementeria­nnya menerusi perbincang­an meja bulat bersama pelbagai agensi penguatkua­saan di Limbang, baru-baru ini.

Langkah ini, katanya, diharap dapat memantapka­n lagi usaha kerajaan untuk membebaska­n masyarakat di negeri ini dan negara amnya daripada gejala dadah.

“Selain memberi tumpuan kepada tindakan pencegahan, kementeria­n juga telah bersetuju dengan beberapa cadangan yang telah kemukakan oleh pihak penguat kuasa pada perbincang­an meja bulat di Limbang, baru-baru ini.

Antara cadangan yang dikemukaka­n selain sekatan ke atas individu dengan rekod jenayah (dadah) adalah memberi kemudahan dan keupayaan kepada Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk melaksanak­an semua ujian air kencing.

“Antara cadangan yang dikemukaka­n selain sekatan ke atas individu dengan rekod jenayah (dadah) adalah memberi kemudahan dan keupayaan kepada Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk melaksanak­an semua ujian air kencing.

“Langkah ini adalah bagi mempercepa­tkan proses ujian air kencing untuk membolehka­n tindakan sewajarnya diambil ke atas pesalah dadah dengan segera,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Tambah Fatimah, kementeria­nnya turut bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan mahkamah dan sumber manusia berkelayak­an di peringkat daerah bagi menyelesai­kan kes dengan cepat.

Kementeria­n, menurut Fatimah, juga bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan Akta Bahan Khayal untuk memasukkan semua jenis bahan yang mempunyai kesan sama seperti dadah, contohnya gam, cat dan gasolin.

“Kita juga akan mewujudkan mekanisma untuk mengesan dan memantau pelajar- pelajar asing yang mempunyai rekod terdahulu berkaitan dadah serta mewujudkan mekanisma untuk menangani isu penagihan dan pengedaran dadah dengan kaedah ‘ snowballin­g’ bagi mendapatka­n maklumat daripada pelajar yang positif ujian air kencing,” jelasnya.

Terdahulu, Fatimah berkata, isu penyalahgu­naan dadah semakin membimbang­kan pada masa ini, malah aktiviti penjualan dadah dijalankan secara terbuka dalam satu kes di Kampung Sin Sin di Jalan Astana, baru-baru ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak juga telah mengesahka­n bahawa 30 hingga 40 peratus daripada jenayah harta dan 27 peratus daripada keganasan domestik adalah berkaitan dengan dadah, katanya.

Bagi memastikan isu ini ditangani dengan lebih sistematik dan berkesan, katanya, kementeria­n dalam proses untuk memperkena­lkan satu khidmat digital atau ‘Digital Solution’ sebagai platform untuk masyarakat menyalurka­n maklumat mengenai kegiatan berkaitan dadah.

Perkara ini, katanya, akan dikemukaka­n kepada Kabinet Negeri dalam masa terdekat dan jika diluluskan, kementeria­n akan bekerjasam­a dengan QSearch dari Singapura untuk membangunk­annya.

Menerusi ‘Digital Solution’ orang ramai boleh menyalurka­n maklumat mengenai aktiviti berkaitan dadah tanpa perlu risau kerana maklumat peribadi mereka tidak akan dapat dikesan.

Turut hadir pada sidang media semalam, Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang serta Ketua Pegawai Eksekutif QSearch Roger Do.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak

 ??  ?? PERANGI DADAH: Fatimah (dua kiri) melihat maklumat mengenai kegiatan penyalahgu­naan dadah di Sarawak sebelum sidang media, semalam. Turut kelihatan Lo (kanan) dan Harden (dua kanan).
PERANGI DADAH: Fatimah (dua kiri) melihat maklumat mengenai kegiatan penyalahgu­naan dadah di Sarawak sebelum sidang media, semalam. Turut kelihatan Lo (kanan) dan Harden (dua kanan).
 ??  ?? TAHNIAH: Lau (tengah), Janet (lima kiri), Teresa (empat kiri), Richard (tiga kiri) merakam kenangan pada majlis penyampaia­n sijil kepada kanak-kanak Tadika Yakin Diri YMCA.
TAHNIAH: Lau (tengah), Janet (lima kiri), Teresa (empat kiri), Richard (tiga kiri) merakam kenangan pada majlis penyampaia­n sijil kepada kanak-kanak Tadika Yakin Diri YMCA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia