Utusan Borneo (Sarawak)

SJK Chung Hua Pangkalan Baru sertai program Trienekens, MPP

-

KUCHING: Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK) Chung Hua Pangkalan Baru di Jalan Stephen Yong menjadi sekolah terbaharu menyertai program kitar semula diperkenal Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd dan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP).

Projek itu menyasar mendidik pelajar mengenai amalan baik dalam pengurusan dan pengasinga­n sisa pepejal serta meningkat kesedaran mengitar semula.

Dalam ucapan perasmian, Timbalan Pengerusi MPP, Dato Ahmad Ibrahim berkata, pihak berkuasa tempatan itu memberi tumpuan meningkatk­an kesedaran awam mengenai kepentinga­n pengurusan sisa pepejal sewajarnya.

“Dengan peningkata­n dalam populasi, pembanguna­n, infrastruk­tur dan aktiviti ekonomi, jumlah buangan juga akan bertambah.

“Justeru, terdapat banyak pendekatan kita boleh ambil bersama bagi mencapai tahap kebersihan memuaskan termasuk meningkatk­an kadar kitar semula,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Ahmad turut menggesa masyarakat untuk mengubah cara pemikiran dan mula mengajar anak untuk kitar semula dari rumah dan sekolah bagi memastikan kelestaria­n alam sekitar terus utuh untuk generasi akan datang.

Pengurus Besar ( Kewangan dan Sumber Manusia) Kumpulan Trienekens’, Tan Show Boon berkata, program itu sejajar usaha syarikat menyediaka­n landasan di mana amalan baik dalam pengurusan sisa pepejal dan kitar semula dapat diperkenal dan disemai dalam persekitar­an pembelajar­an sekolah.

“Kesedaran dan pendidikan merupakan kunci utama yang dapat mengubah sikap dan kelakuan. Salah satu cara kita boleh menambah baik kualiti kehidupan ialah dengan melupuskan barang buangan dengan bertanggun­gjawab dan mengelak dari membuat sampah merata-rata serta secara haram di tempat awam.

“Gunakan tong sampah disediakan dan mulakan tabiat baik mengita semula di rumah dan di sekolah,” katanya.

Tan turut merakam penghargaa­n kepada MPP dan sekolah atas sokongan dan komitmen dalam memastikan kejayaan program.

Beliau berharap, kerjasama efektif itu dapat diteruskan dalam tahun-tahun seterusnya.

Majlis turut menyaksika­n Ahmad dan Tan menyerahka­n satu set tong dan poster kitar semula kepada sekolah.

Di bawah program bersama, beberapa aktiviti berkaitan alam sekitar dijalankan seperti amalan pengasinga­n sisa dan kutipan berjadual bahan kitar semula, ceramah kesedaran, permainan Amazing Green Rae, pertanding­an kutipan bahan kitar semula paling banyak antara kelas, pertanding­an mewarna, mereka poster dan eko-fesyen selain inisiatif hijau lain untuk sekolah.

 ??  ?? SEKOLAH HIJAU: Ahmad (enam kanan) menyerahka­n tong kitar semula kepada guru besar Jong Siaw Hui (tujuh kanan) sambil disaksikan Tan (tujuh kiri) dan kaunselor MPP lain.
SEKOLAH HIJAU: Ahmad (enam kanan) menyerahka­n tong kitar semula kepada guru besar Jong Siaw Hui (tujuh kanan) sambil disaksikan Tan (tujuh kiri) dan kaunselor MPP lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia