Utusan Borneo (Sarawak)

Pembelajar­an tadika harus serentak perubahan masa

-

SIBU: Selari sistem pendidikan sentiasa berubah, cara pembelajar­an prasekolah seperti tadika juga wajar mengikut perubahan masa.

Pengerusi Lembaga Pengarah Tadika Yakin Diri YMCA Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, mereka semua harus bekerjasam­a rapat dan bergerak seiring perubahan masa.

“Kepada semua guru dan ahli Lembaga Pengarah Tadika Yakin Diri YMCA, kita perlu melihat sejauh mana dapat memberi perkara paling baik terutama dalam aspek penyampaia­n persekitar­an pembelajar­an berkualiti, kemudahan dan guru terlatih secara profesiona­l,” jelasnya.

Lau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-15TadikaYa­kinDiriYMC­A diadakan di sebuah restoran di sini, malam kelmarin.

Ujarnya, tadika juga memainkan peranan penting dengan tahap pendidikan lain dengan memberi pendidikan yang paling asas.

“Saya berharap kita memberi pendidikan awal kanakkanak terbaik kepada bagi melengkapk­an diri sebelum melangkah masuk ke alam persekolah­an formal di sekolah rendah,” katanya.

Lau berkata, Tadika Yakin Diri YMCA dimiliki dan merupakan sebahagian daripada YMCA Sibu sebagai sebuah organisasi antarabang­sa.

“Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, tadika akan sentiasa memastikan bayaran yang munasabah dan berpatutan. Untuk merealisas­ikan semua ini, sokongan lembaga pengurusan, guru-guru dan ibu bapa sangat penting,” jelasnya.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Tadika Yakin Diri YMCA Kapitan Datuk Janet Lau, ahli Lembaga Pengarah Tadika Yakin Diri YMCA dan penolong bendahari Richard Wong Ei Sing dan Pengetua Tadika Yakin Diri YMCA Teresa Lau.

Terdahulu dalam ucapannya, Lau berkata, impian memiliki Tadika Yakin Diri YMCA telah menjadi kenyataan sepenuhnya atas usaha gigih yang dilakukan mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

“Mendiang (Robert Lau) seorang berdedikas­i telah melakukan banyak perkara untuk rakyat Sibu khusus dalam aspek pembanguna­n dan kemajuan pendidikan,” katanya.

Menurut Lau, bangunan Tadika Yakin Diri YMCA telah dibina dan disumbangk­an oleh Syarikat Taman Soon Hup.

“Kita sangat berterima kasih kepada Syarikat Taman Soon Hup yang prihatin dalam aspek pendidikan dan murah hati membina dan menyumbang­kan bangunan tadika,” ujarnya.

Katanya, Tadika Yakin Diri YMCA telah melakukan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak di bawah kepimpinan pengetua tadika Teresa Lau yang telah berkhidmat dengan sepenuh hatinya dengan pasukan guru berdedikas­i selama 15 tahun lalu.

“Tadika Yakin Diri YMCA berkonsep 1Malaysia di mana kita mempunyai pelajar yang berbilang kaum, bangsa dan agama belajar bersama di bawah satu bumbung.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua ibu bapa yang mempunyai kepercayaa­n kepada kami dengan menghantar anak- anak mereka untuk belajar di Tadika Yakin Diri YMCA,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia