Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan kerjasama dijangka libat Pos Malaysia Berhad, impak besar kepada PKS tempatan jika direalisas­i di negeri ini

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerajaan bercadang untuk mewujudkan sebuah kawasan Zon Perdaganga­n Bebas Cukai Digital (DFTZ) di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebagai permulaan kerjasama ke arah itu akan melibatkan Pos Malaysia Berhad.

“Kerajaan juga bercadang untuk membangunk­an DFTZ di peringkat negeri dan sebagai permulaan Pos Laju Malaysia Berhad telah mencadangk­an agar kita dapat melibatkan diri secara langsung dalam masa singkat.

“Ini khasnya melalui edagang seperti yang telah dilakukan LAZADA dan kita telah meluluskan satu kawasan untuk Pos Laju Malaysia beroperasi di Sarawak,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Keusahawan­an Negeri yang dihadiri Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais di sini, semalam.

Awang Tengah berkata, jika pelaksanaa­n DFTZ itu direalisas­i, ia akan memberi impak besar dan positif ter- hadap perkembang­an PKS di negeri ini.

Beliau berkata, langkah mewujudkan DFTZ itu ekoran penubuhan DFTZ di Lapangan Terbang Antarabang- sa Kuala Lumpur (KLIA) yang berjaya menjadi gerbang kepada 200 PKS tempatan untuk ke pasaran global.

Beliau berkata, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa kunjungann­ya baru-baru ini ke Sarawak, DFTZ di KLIA sehingga kini membantu memasarkan produk PKS lebih daripada 200 syarikat di Malaysia.

“Dengan adanya DFTZ bermakna produk- produk kita khasnya PKS dapat dipasarkan khususnya ke China,” katanya.

DFTZ terbahagi kepada tiga perkara, iaitu hab logistik, hab perkhidmat­an, dan platform e-perkhidmat­an.

Ia bertujuan membantu syarikat kecil dan sederhana tempatan memasarkan produk mereka pada peringkat global dengan lebih mudah.

Bagi menjayakan perkara itu, khasnya DFTZ di KLIA, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasam­a dengan Alibaba Group untuk pembanguna­n DFTZ di Malaysia, sekali gus menghubung­kannya dengan China.

DFTZ di KLIA dijangka mewujudkan sekitar 60,000 pekerjaan menjelang 2025.

 ??  ?? SEBELUM MULA: Awang Tengah (tiga kiri) dan Naroden (empat kiri) serta yang lain merakamkan kenangan sebelum Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Keusahawan­an Negeri, semalam.
SEBELUM MULA: Awang Tengah (tiga kiri) dan Naroden (empat kiri) serta yang lain merakamkan kenangan sebelum Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Keusahawan­an Negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia