Utusan Borneo (Sarawak)

Semua agensi negeri, persekutua­n perlu fokus pembanguna­n PKS

-

KUCHING: Semua agensi berkaitan dan dipertangg­ungjawabka­n sama ada di peringkat negeri mahupun persekutua­n perlu memberi tumpuan kepada pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini termasuk mencari pendekatan atau langkah meningkatk­an PKS selaras dengan matla- mat kerajaan dalam ekonomi digital.

“Ekonomi digital sangat strategik dalam usaha PKS meningkatk­an kapasiti dan kemampuan untuk memperluas­kan pemasaran dari segi produk- produk yang dihasilkan.

“PKS adalah penyumbang besar dari segi ekonomi, tenaga kerja selain hasil eksport kepada negeri dan negara kita,” katanya berucap pada Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Keusahawan­an Negeri yang dihadiri Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata, hasil bancian pada tahun 2016 seramai 9,765 PKS di seluruh negara yang mewakili 98.5 peratus daripada jumlah keseluruha­n perusahaan.

Di Sarawak, katanya, bilangan PKS turut menunjukka­n peningkata­n sebanyak 39.2 peratus iaitu daripada 43,830 kepada 61,036 PKS sehingga kini.

“Kerajaan melalui pelan induk PKS telah menyasarka­n sebanyak 36.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) daripada PKS pada tahun 2016 dan berharap ia meningkat kepada 41 peratus menjelang tahun 2020.

“Dari segi tenaga kerja, PKS menyumbang sebanyak 65.3 peratus iaitu melebihi sasaran kerajaan sebanyak 62 peratus,” katanya sambil memberitah­u dari segi eksport, PKS menyumbang sebanyak 25 peratus berbanding 18.6 peratus tahun lepas.

Mengenai Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Keusahawan­an Negeri, Awang Tengah menegaskan ia amat penting untuk menyelaras pembanguna­n keusahawan­an.

“Terutamany­a kepada Sarawak memandangk­an terdapat 62 agensi daripada kerajaan dan persekutua­n terlibat secara langsung dalam pembanguna­n keusa- hawanan dan perniagaan di seluruh negeri ini,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, jawatankua­sa itu bukan bertujuan mengambil alih fungsi serta tanggungja­wab agensi terlibat tetapi hanya menyelaras agar tidak berlaku pertindiha­n.

“Selain itu, ia memberi peluang kepada kita benar-benar dapat menumpukan kepada sasaran kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia